Wednesday, January 29, 2025

Bahaya Buta Mata Hati

 

“Buta” mata qalbu (mata hati) itu sangat berbahaya.

Jangankan buta, lemah mata qalbu sahaja pun sudah berbahaya.

Walau sikit lemahnya, walau tak berbahaya, tapi akan membuatkan kita rugi.

Umumnya kedudukan kita di akhirat kelak sama ada di dalam jannah atau di dalam naar, ditentukan oleh sejauhmana keupayaan mata qalbu kita mencapai.

 

Sama ada kita akan berada dalam :

i)                    Jurang2 naar, atau

ii)                  Naar yang lebih cetek

iii)                Jannah orang2 abraar

iv)                Jannah orang2 muqarrabiin

v)                  Redha Allah (yang lebih “besar” daripada jannah)

vi)                Allah, iaitu Tuan Punya Jannah itu sendiri.

Kedudukan2 atau tempat2 kita ini dari segi syariatnya sangat bergantung kepada sejau mana “mata qalbu” kita berjaya “memandang”.

 

Dalam kitab Misykaatul Anwaar, sebuah lagi kitab tuan Imam kita yang sekarang sedang disyarahkan oleh Ustaz Dzul al-Ghazali, lebih terperinci penjelasannya dalam hal ini (bukan dalam hal2 lain).

 

Saya tak sempat menyediakan masa untuk mensyarahkan kitab Misykaatul Anwar, tapi saya memang sudah syarahkan kepada Ustaz Dzul al-Ghazali dan beberapa orang ikhwah Ghazaliyah lagi, mengikut manhaj Tariqah Ghazaliyah. Sekarang Ustaz Dzul al-Ghazalilah yang mensyarahkan kitab Misykaat ini.

 

…petikan Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293 oleh Paklong Abu Zulfiqar, Januari 2025

No comments: