Inilah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin yang sahaya mula2 baca ketika berusia 15 tahun. Kali pertama baca, terus sahaya terpikat. Sahaya rajin baca dan rajin buat nota. Tapi sahaya hanya ditemukan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dengan Tarekat Ghazaliyah dan mursyidnya setelah berusia 24 tahun. Huraian isi kandungan kitab Ihya’ ini oleh seorang yang ahli (pakar) dan dia memang berada dalam tariq pengarang kitab ini sendiri (Imam al-Ghazali) memang sangat luarbiasa. Banyak hal2 yang tidak terkupas keluar, dikupas keluar oleh (arwah) Tuan Guru Muhammad Salleh al-Ghazali dari semasa ke semasa. Kini sudah 28 tahun berada pada tariq al-Imam al-Ghazali, dan masih terus “berjalan”. Dari syariat menuju tariqat menuju haqiqat menuju ma’rifat (awwal ad-diin) menuju kamal ad-diin menuju akhir ad-diin menuju kamal ad-diin…
No comments:
Post a Comment