Wednesday, January 1, 2025

Nota Pengajian Misykatul Anwar

 

Catatan Nota daripada Pengajian Kitab Misykat al-Anwar (Imam al-Ghazali) oleh Ustaz Zul al-Ghazali :


Allah SWT berfirman : Allah nur langit dan bumi.” (An-Nuur : 35)


Apa itu misykat? Misykat biasanya ialah satu lubang di dinding rumah tidak tembus sampai ke luar rumah atau ke sebelah sana dinding. Lubangnya sekerat daripada dinding itu sahaja. Ia boleh juga disebut sebagai ceruk.


Apa kegunaan misykat? Misykat digunakan untuk diletakkan pelita atau lampu di dalamnya.


Apa itu anwar? Anwar ialah nuur atau cahaya.


Apakah maksud Misykatul Anwar? Misyakatul Anwar bermaksud Ceruk Cahaya.


Apakah pengertian nur? Biasanya nur dikaitkan dengan cahaya. Namun perkataan nur boleh mempunyai pelbagai maksud, bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Ada banyak maksud.


Mengapa Imam al-Ghazali menulis kitab ini? Kerana ada seorang hamba Allah yang meminta Imam al-Ghazali mengajarkannya ilmu ini.


Secara umumnya, apakah isi kandungan utama kitab Misykat ini? Ada 3 bab iaitu :

i. Bab pertama - Apa itu nur? (Apa itu cahaya)

ii. Bab kedua – Tafsir ayat surah An-Nuur.

iii Bab ketiga – Hijab2 antara makhluq dan Khaliq.


Sepanjang mensyarahkan kitab Misykat ini, kita akan banyak menggunakan istilah nuur berbanding perkataan cahaya kerana perkataan nuur lebih tepat penggunaannya dan lebih tepat maksudnya.


Kitab Misykat ini banyak menggunakan bahasa halus/ bahasa kiasan/ bahasa sastera/ bahasa dalam/ bahasa sufi Kerana untuk hal2 yang tinggi, hanya dengan bahasa halus sahaja yang dapat mencapai atau mendekat kepada pemahamannya. Jika kita menggunakan bahasa biasa, ia tak dapat mendekat dan boleh jadi akan menjauh atau tersalah pemahaman.

No comments: