Ilmu tentang tubuh badan kita sendiri pun sangat sedikit yang kita tahu. Banyak lagi yang kita belum tahu dan belum faham. Ilmu tentang dunia kita ini pun sangat sedikit yang kita tahu. Banyak lagi yang kita belum tahu dan belum faham. Ilmu tentang ruh pun amat sedikit yang kita tahu dan faham. Sangat banyak lagi yang belum kita faham. Maka… apatah lagi ilmu tentang Allah, ilmu tentang sifat2 Allah, dan ilmu tentang kerja2 Allah. Tapi kita tetap kena belajar setakat yang dibenarkan, supaya kita tak tersalah sembah, tak tersalah Ilah, dan supaya kalau boleh tepat sembahan dan pengabdian kita. Oleh sebab itu, kita hendaklah belajar ilmu tauhid wilayah akal (al-iman) dan ilmu tauhid wilayah qalbu (al-ihsan). Semoga Allah jadikan kita orang yang ma’rifah dan seterusnya melepasi daripada ma’rifah.
Petikan pengajian kitab Qawaid al-‘Aqaid (Ihya’ ‘Ulumuddin) oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali (Januari 2025)
No comments:
Post a Comment