Kata Imam al-Ghazali : “Mencukupkan dengan semata2 akal tanpa nur Al-Quran dan sunnah rasul, itu adalah terpedaya.”
Akal kita sangat lemah.
Paling jauh ia boleh pergi, kita fikir punya fikir punya fikir, renung punya renung punya renung, kita akan menyedari bahawa alam ini ada satu kuasa yang mendasari setiap sesuatu yang berlaku. Setakat itu sahaja.
Dengan akal sahaja, kita tak dapat nak tahu siapa nama Tuhan/ Rabb. Fikirlah sampai ribu2 tahun, sampai mati pun.
Dengan akal sahaja, kita tak dapat tahu wujudnya kehidupan selepas mati, alam akhirat, mahsyar, kolam Nabi, kitab amalan, timbangan amal, titian sirat, syurga, neraka dan sebagainya.
Dengan akal sahaja, kita tak dapat tahu wujudnya malaikat, rasul2, kitab2 suci.
Dengan akal sahaja, kita tak dapat nak tahu cara2 berabdi kepada Tuhan, cara menyembah Tuhan, cara mengerjakan solat, tatacara ambil wudhuk, cara berpuasa, cara mengerjakan haji dan sebagainya.
Daripada mana kita dapat tau tentang semua hal ehwal keagamaan itu?
Daripada wahyu, iaitu daripada nabi2, daripada kitab2 yang diturunkan kepada nabi2, daripada orang2 yang mengikut nabi2 dan kitab2 itu. Barulah kita dapat tahu.
Maka, sebenar2 agama, ia tak boleh direka2, dicipta2, difikir2,dibuat2 sendiri.
Ia mesti dengan wahyu.
…petikan Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293 oleh Paklong Abu Zulfiqar, Januari
No comments:
Post a Comment