Ada banyak rahsia yang masa kita hidup di dunia ini tak dapat kita tahu dan faham.
Ada banyak rahsia yang masa kita hidup di dunia ini tak dapat kita capai dengan akal.
Jika kita cuba juga nak gunakan akal untuk mencapainya, kita yang akan rosak.
Hanya di akhirat nanti sahajalah baru Allah akan dedahkan rahsia2 itu.
Hanya di akhirat sahajalah baru kita tahu dan faham akan rahsia2 itu.
“Demi sesungguhnya! Kamu di dunia dahulu berada dalam keadaan tidak sedar/ lalai tentang hal ini, maka kami hapuskan ketidaksedaran/ kelalaian yang menyelubungi kamu itu, lalu pandangan kamu pada hari ini (hari akhirat ini) menjadi tajam.” (Qaaf : 22)
Mengapa ketika itu pandangan kita jadi tajam?
Sebab ada hijab2 yang sudah diangkat pada hari akhirat itu.
Pandangan manakah yang dimaksudkan itu?
Pandangan mata zahir dan pandangan mata batin. Kedua2nya jadi tajam.
Apa akan terjadi setelah pandangan kita jadi tajam?
Mata zahir dan mata batin kita akan dapat memandang dengan lebih jelas, lebih terang, lebih terperinci, lebih dekat, lebih luas, lebih mendalam, lebih tinggi.
Ertinya kita akan nampak apa yang di dunia dulu kita tak nampak.
Kita akan faham apa yang didunia dulu kita tak faham.
Kita akan capai apa yang di dunia dulu kita tak capai.
Kita akan sedar apa yang di dunia dulu kita tak sedar.
Kita akan terima dengan bulat hati apa yang di dunia dulu kita tak boleh terima, susah nak terima.
Maksudnya sudah ada rahsia2 yang pada hari akhirat itulah baru dibuka, baru didedahkan, baru ditunjukkan, baru dikhabarkan, baru dapat kita fahami.
Ketika itulah baru banyak rahsia dapat kita ketahui dan fahami, termasuklah rahsia2 yang tidak dapat dicapai oleh akal kita ketika di dunia dahulu (yang kita diperintahkan untuk percaya sahaja, yakni wajib beriman sahaja – sebagai ujian ketika kita di dunia dulu).
Petikan pengajian kitab Qawaid al-‘Aqaid (Ihya’ ‘Ulumuddin) oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali (Januari 2025)
No comments:
Post a Comment