Wednesday, January 29, 2025

Melihat Itu Sama dengan Mengetahui

 

وَكَذَٰلِكَ نُرِىٓ إِبْرَٰهِيمَ مَلَكُوتَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ

 وَلِيَكُونَ مِنَ ٱلْمُوقِنِينَ ٧٥

“Dan demikianlah Kami PERLIHATKAN/ NAMPAKKAN kepada Nabi Ibrahim malakut (kerajaan, kebesaran & kekuasaan) di langit dan di bumi, agar jadilah dia daripada orang-orang yang yakin (al-muuqiniin).” (l-An’aam : 75)

 

Nabi Ibrahim bukan melihat/ nampak dengan mata kepala sahaja, tetapi juga dengan mata qalbu.

Melihat/ nampak dengan mata kepala itu mendatangkan ilmu.

Melihat/ nampak dengan mata qalbu juga mendatangkan ilmu.

 

Maka dalam hal ini, melihat itu sama dengan mengetahui.

Penglihatan itu sama dengan pengetahuan.

 

 

Qalbu kita ini ada mata. Dengan mata itulah kita melihat. Ertinya dengan mata itulah kita mengetahui, menyedari, memahami, mendalami.

 

Apakah lawan kepada melihat dan mengetahui itu?

Jawapannya, itulah “buta” atau jahil.

 

…petikan Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293 oleh Paklong Abu Zulfiqar, Januari 2025

No comments: