Friday, July 22, 2022

Tidak Sedar Berpenyakit Hati dan Tubuh Badan

 

Biasanya orang2 yang terkena penyakit hati

tidak menyedari

yang dirinya sedang berpenyakit hati.

Apabila dibawa kepada yang ahli,

barulah disedari.

Malangnya

ada juga yang tidak mahu menerima

dan mempercayai

yang dirinya sedang disarangi

penyakit2 hati.

Maka, apalah sangat

yang boleh diikhtiarkan lagi...


Dan semakin selalu juga kini

orang2 yang terkena penyakit2 tubuh badan

tidak menyedari

yang dirinya sedang berpenyakit tubuh badan.

Apabila dibawa kepada yang ahli,

barulah berpengetahuan.

Malangnya

ada juga yang tidak mahu menerima

dan mempercayai

yang dirinya sedang disarangi

penyakit2 tubuh badan.

Maka, apalah sangat

yang boleh diikhtiarkan lagi...


21/7/22

No comments: