Tuesday, July 26, 2022

10 Tulisan Pendek

1. Kadang2 keselesaan boleh menjadi dadah kepada diri dan senjata ampuh kepada musuh.


2. Sedapkan dan tenteramkan hati itu memang bagus tetapi janganlah hendaknya sampai mengabaikan usaha dan ikhtiar, atau sampai melemahkan usaha dan ikhtiar. Dikhuatiri tanpa sedar kita sudah pun terlorong ke jalannya jabbariyah yang sangat berbahaya itu, atau kurang2 pun kita akan jadi pemalas dalam ummah. Moga dijauhkan.


3. Pada akhir zaman khususnya zaman akhir nanti, para pemimpin, agamawan dan wirawan tersaring besar2an. Yang tinggal hanya sedikit lagi asing.


4. Orang yang ada arif dengan cepat akan maklum yang seseorang itu sedang bicara wilayah hakikat ke atau wilayah syariat ke.


5. Banyak yang berangan2 nak duduk pada maqam wali tapi hidupnya sehari2 banyak rehat2 level biasa2. Angan tinggi tapi usaha lemah sekali.


6. Apabila Mr. D menjajah, ia menjajah dalam segenap aspek kehidupan dan keagamaan. Ada manusia yang sedar dijajah dan ada yang tidak.


7. Yang tahu tasawuf itu ramai tetapi yang mempelajarinya itu kurang.
Yang belajar itu kurang tetapi yang mengamal itu lagi kurang.
Yang mengamal sudah kurang tetapi yang istiqamah lagilah kurang.
Semoga kita dipilih oleh Allah untuk istiqamah atas jalan sufi sehinggalah ke akhirnya.


8. Orang2 yang mudah terpesona dengan yang pelik2 dan yang aneh2 biasanya akan terkena juga fitnah alam ghaib tanpa disedari. Juga mudah terkena scam di alam zahir ini. Yang tak mudah, biasanya susah kena.


9. Dengan izin Allah, sebenarnya banyak perkara buruk yang tidak kita ingini itu boleh kita elakkan daripada berlaku atau kurangkan buruknya jika ia berlaku sekalipun. Masalahnya - kita mudah terikut pemahaman tentang tawakal, usaha, ikhtiar dan husnu zon yang salah.


10. Kawan minta ulasan secara bergurau, kita pun jawab cara balas gurauan jugaklah.

"Kalau ustaz tak mau ulas, mulut ustat saya pulas." 🙂

"Hehe. Baiklah. Sebenarnya (isu yang sedang viral) itu baru ujian awal kepada semangat Mat Kilau yang sedang berdegar2 di seantero negeri sekarang... betul2 ke semangat sampai turun ke gelanggang atau pun sekadar semangat di pintu panggung wayang."

"Alamak! Sekali ustaz main kasar daa!"

"Jangan marah aaa..."

"Tak marah aih, cek suka!"

No comments: