Saturday, July 30, 2022

Gangguan Itu pada Tuannya, Penghuninya, Rumahnya atau Sekitarnya

 

Kenangan dulu2... zaman masih merawat... Kadang-kadang kita singgah ziarah rumah kenalan, atau singgah mengerjakan solat di rumah saudara-mara, atau memenuhi jemputan handai taulan. Setelah kita pulang, penghuni rumah itu ada yang terdengar bunyi pelik, ada ternampak lintasan bayangan, ada yang didatangi sesuatu dalam mimpi ,atau terdengar suara, dan sebagainya. Maka sebahagian penghuni rumah pun menaruh syak bahawa kitalah yang membawa masuk makhluk2 halus ke rumah mereka. Niaya sungguh. Apa sebenarnya yang berlaku?


Sebenarnya makhluk2 itu bukan datang daripada kita tetapi biasanya dari rumah itu sendiri atau dari mana-mana penghuni rumah itu sendiri. Ia/mereka sudah sedia ada di sana, bersama2 atau berhampiran dengan mereka. Makhluk2 itu terAKTIF, memunculkan diri atau melakukan tindakan tertentu kerana TERKESAN dengan kehadiran kita, dengan zikir2 kita, dengan amalan2 kita, atau dengan keadaan diri kita. Padahal kita tak usik mereka pun. Jika kita dapat tahu pun, kita buat2 macam tak terperasan sahaja. Namun kadang2 makhluk2 itu "panas" dengan kehadiran kita lalu mereka tak senang duduk. Apabila mereka tak senang duduk, mereka pun buat hal lah. Ada yang mempamerkan protes dan ada yang mengamok. Lagi mereka suka jika kita pula yang terfitnah.


Sesekali (bukan seselalu), kadang2, jarang2, seawal pertemuan atau seawal kehadiran lagi kita dizinkan oleh Allah untuk menyedari adanya makhluk2 itu pada rumah, pada sekitar rumah atau pada ahli rumah itu sendiri. Kita pun buat tak tahu sahajalah (melainkan jika kita diminta hadir untuk merawat).


Ibarat seorang hamba Allah yang ternampak seorang ahli jemaah Tabligh melintas berjalan kaki di depan rumahnya. Cepat2 dia berlari menutup pintu dan tingkap lalu bersembunyi kerana disangkakannya si karkun sedang melakukan ziarah rumah ke rumah. Dia takut si karkun singgah di rumahnya. Padahal ketika itu si karkun melintas hendak pergi ke kedai sahaja pun. Tindakan si tuan rumah (yang kelam-kabut, ketakutan, terlanggar itu ini, terhendap-hendap, berpeluh mencurah-curah dsb) tadi wujud kerana dia berasa TERKESAN dengan lintasan si karkun (yang tak tahu apa-apa pun melainkan hendak pergi ke kedai). Badannya berpeluh, pasu hiasannya terlangar lalu pecah, kain langsirnya tercabut, kakinya sakit tersadung dan sebagainya itu adalah kerana dirinya sendiri, bukan kerana si karkun. Begitulah tamsilannya.


Pernah beberapa kali mendapat pengalaman sebegini. Rakan2 muallij pun ramai yang kena juga. Jika tuan rumah memaklumkan kepada kita, kita akan nasihatkan agar dia cubalah usaha dan ikhtiarkan untuk merawat diri, atau penghuni, atau rumah, atau sekitar rumah itu. Carilah orang2 yang berkeahlian. Kita tak tawarkan diri. Tetapi jika tuan rumah minta kita yang usahakan, barulah kita cuba pertimbangkan.


Kadang2, rumahtangga asyik tak tenteram, atau penghuni rumah malas dalam keagamaan, atau sukar mendapat cahaya mata, atau selalu jatuh sakit, atau berasa tak kisah apabila mengekalkan sifat2 mazmumah dan lain-lain berlaku kerana adanya makhluk2 itu pada diri, atau pada mana2 penghuni, atau pada rumah, atau pada sekitar rumah. Ia/mereka sudah sedia ada pada kita tetapi apabila sesekali ia/mereka teraktif, kita sangkakan datangnya dari tempat lain. Setelah berjaya dibereskan, insya-Allah hilanglah atau redalah masalah2 tersebut.


Sekadar kenangan dulu2...


30/7/22

No comments: