Amat malang... kita hidup dalam kalangan generasi yang majoritinya sangat kurang berminat membaca penulisan2 panjang (penuh, lengkap) tetapi lebih suka membaca tulisan2 pendek, poster2 ringkas, kartun2 dan petikan2 kata, lalu mereka berpegang, memandang dan menetapkan (berhukum) bahawa segala hal hanya dengan maklumat2 yang SERBA RINGKAS itu. Video2 pun sama juga. Pengajian2 agama pun sama. Kebanyakan manusia hari ini mahu yang ringkas dan yang cepat.
Perlu difahami sungguh2 bahawa umumnya segala kata2 yang ringkas sama ada dalam bentuk suara, video atau penulisan hanyalah ASAS/DASAR atau gambaran UMUM, belum perinciannya, huraiannya atau pecahan2nya.
Antara kesilapan yang biasa berlaku :
Jika dalam poster yang mengandungi 10 patah perkataan itu tertulis A, maka dalam segala hal berkaitan itu mestilah semua orang menetapkan dengan A juga walau dalam situasi, masa dan lokasi yang bagaimana pun. Tak boleh diubah langsung dah.
Jika dalam video pendek berdurasi 30 saat oleh si ulama mengatakan B, maka dalam segala hal berkaitan itu mestilah semua orang menetapkan dengan B juga walau dalam situasi, masa dan lokasi yang bagaimana pun. Tak ada hurai2 lagi dah.
Jika dalam media sosial terbaca petikan hadith ringkas sebaris dua yang mengatakan C, maka dalam segala hal berkaitan itu mestilah semua orang menetapkan dengan C juga walau dalam situasi, masa dan lokasi yang bagaimana pun. Tiada ruang untuk perincian dan pecahan lagi dah.
CONTOH 1 :
Orang muda (orang tua pun selalu juga) : Ulama (atau hadith, atau tulisan pendek) mengatakan begini begini. Jadi kita mesti kena buat begini.
Orang lama : Huraiannya? Perinciannya? Pecahannya?
Orang muda : Eh, ada huraian ke pulak? Nak kena perincikan ke pulak?
Orang lama : Eh, mestilah! Ini barang berkaitan agama. Bukan boleh pakai terus buat je.
Orang muda : Oh, tak tahu pulak saya! Ingatkan mesti pakai yang itu je.
Orang lama : Mana boleh! Rosak agama dan umat kalau terus pakai yang seringkas itu aje untuk semua orang dalam semua hal pada setiap masa di semua tempat.
CONTOH 2 :
Orang muda (orang tua pun selalu juga) : Din tak bercakap dengan Mat dah seminggu. Nabi kata kalau lebih 3 hari pun dah masuk neraka. Mereka tak belajar ke? Teruk betul le. Ini le yang merosakkan bla bla bla.........
Orang lama : Nanti sat! Tentang hadith tu... Huraiannya? Perinciannya? Pecahannya?
Orang muda : Ada hurai2 pulak ke? Dah nabi kata macam tu, macam tu le.
Orang lama : Hish, jangan dibuat main! Ini soal agama ni. Kalau kita tak tau, kita jangan bercakap. Kalau kita tak cukup belajar, kita jangan berhukum. Kalau ilmu kita tak sampai ke situ, jangan dok memandai2. Kalau kita nak jaga keagamaan kita, jangan bagi sebarang komen. Lebih baik kita duduk senyap (berdiam, kunci mulut, jangan libatkan diri). Takut2 nanti mereka tu tak berdosa, kita ni pulak yang tiba2 dapat lambakan dosa dan murka Allah. Engkau dah tahu sepenuhnya ke punca2 dan hal ehwal tidak bercakapnya Din dengan Mat tu? Atau tahu sikit2 je? Jangan buat pasal.
CONTOH 3 :
Orang muda (orang tua pun ada juga) : Wali Allah zaman dahulu bernama Ibrahim mengatakan bahawa zuhud itu hendaklah kita tinggal sehelai sepinggang sahaja. Kita mesti ikut macam tu.
Orang lama : Satu orang punya kata2 je? Wali2 yang lain? Dan huraiannya, perinciannya, pecahan2nya?
Orang muda : Oh, tak tahu le pulak saya!
Orang lama : Sebab itulah kita jangan cepat sangat hendak buat ketetapan. Banyakkan sabar lebih dahulu.
PENUTUP
Begitulah... ilmunya tidak setara mana tetapi sangat cepat mahu bina ketetapan. Maka kita kenalah sangat berhati2. Jangan cepat sangat hendak membina/membuat ketetapan berdasarkan segala tulisan2 pendek, kata2 pendek dan video2 pendek yang kita temui. Bersabar2 dahulu.
12/7/22
No comments:
Post a Comment