Friday, July 22, 2022

Engkau Pilih2 dalam Bertiang Agama?

 

Tiang ad-din AL-IMAN (akidah) dalam hadis Jibril

engkau ada guru dan sanadnya.

Tiang ad-din AL-ISLAM (fekah) dalam hadis Jibril

engkau ada guru dan sanadnya.

Tiang ad-din AL-IHSAN (tasawuf) dalam hadis Jibril

engkau ada guru dan sanadnya.

Tiang ad-din AL-SA'AH (zaman akhir) dalam hadis Jibril?

Tiada?

Tidak penting?

Tak ada pun tak mengapa?


Bukankah ia salah satu daripada

TIANG AD-DIN dalam hadis Jibril itu?

Bukankah berada dalam hadis yang sama

bersekali secara berturutan

tiada terpisah?


Padahal engkau begitu gigih perjuangkan

sanad minum kopimu,

sanad lilitan serbanmu,

sanad kitab wiridmu,

sanad memakai cincinmu,

dan sebagainya (yang semuanya bagus)

yang engkau pandang sangat penting,

tetapi engkau boleh tidak kisah

apabila engkau tidak bermursyid dan bersanad

dalam salah satu daripada

EMPAT TIANG/TUNGKU AGAMA?


Dalam al-iman engkau bermursyid.

Dalam al-islam engkau bermursyid.

Dalam al-ihsan engkau bermursyid.

Dalam al-sa'ah?


Jibril tekankan 4 tungku.

Rasulullah tekankan 4 tungku.

Para wali Allah tekankan 4 tungku.

Guru2 mursyid tekankan 4 tungku.

Mengapa hanya dua (akidah, fekah) sahaja

yang engkau tekankan?

Mengapa hanya tiga (akidah, fekah, tasawuf) sahaja

yang engkau tekankan?


Inilah suatu hal

yang tidak perlu dibualkan panjang lebar

melainkan engkau fikir (tafakur, renungan mendalam)

lalu ambil tindakan.


20/7/22

No comments: