1. Tak ambil tahu
2. Ambil tahu sahaja
3. Ambil tahu dan fikir
4. Ambil tahu, fikir dna rancang
5. Ambil tahu, fikir, rancang dan bertindak.
1. TAK AMBIL TAHU - Ini paling banyak. Mereka tak ambil kisah pun.
2. AMBIL TAHU - Ini pun banyak juga. Ambil tahu sekadar untuk maklumat, sekadar untuk tahu, sekadar suka membanyakkan info, berasa lazat apabila banyak yang diketahui. Tapi terhenti setakat ambil tahu sahajalah.
3. AMBIL TAHU DAN FIKIR - Jenis ini agak kurang orangnya. Tidak sekadar mengambil tahu tetapi cuba memahami lebih lanjut, membuat pertimbangan, perbandingan, pengkelasan dan sebagainya. Cuma terhenti setakat fikir2 sahajalah.
4. AMBIL TAHU, FIKIR DAN RANCANG - Jenis ini lagi kurang orang. Tapi terhenti setakat merancang sahajalah. Jadilah. Adalah juga.
5. AMBIL TAHU, FIKIR, RANCANG DAN BERTINDAK - Jenis ini sangat kurang. Tetapi jenis inilah yang kita mahu.
15/7/22
No comments:
Post a Comment