Firman Allah Taala : “Katakanlah : Sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, kekayaan (wang dan harta benda) yang kamu perolehi, perniagaan kamu yang kamu khuatiri kerugian, dan tempat tinggal (rumah-rumah) yang kamu sukai; kalau semua itu LEBIH KAMU CINTAI daripada Allah dan Rasul-Nya dan (LEBIH KAMU SUKAI) DARIPADA BERJUANG PADA JALAN ALLAH, nantikanlah sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan ALLAH TIDAK MEMBERIKAN PETUNJUK kepada kaum yang fasiq.” (At-Taubah : 24)
Berjuang untuk ibu bapa, anak-pinak, adik-beradik, kaum keluarga, harta benda, bisnes, dan rumah itu SANGAT PENTING tetapi jangan sampai sibuk perjuangkan itu semua hinggakan perjuangan itu semua yang lebih kita suka dan lebih kita tumpu daripada BERJUANG PADA JALAN ALLAH. BERJUANG PADA JALAN ALLAH itu semestinya LEBIH KITA SUKA dan LEBIH kita tumpu berbanding berjuang untuk ibu bapa, anak-pinak, adik-beradik, kaum keluarga, harta benda, bisnes, dan rumah.
Sabda Rasulullah SAW : “TIDAK BERIMAN seseorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya LEBIH dicintainya berbanding yang lain-lain.” (Bukhari, Muslim)
Tersebut pada hadith yang lain : “TIDAK BERIMAN seseorang hamba sebelum aku (Rasulullah SAW) LEBIH dicintainya daripada isterinya, hartanya dan manusia seluruhnya.” (Bukhari, Muslim)
Apa yang kita cinta, itulah yang kita tumpu.
Apa yang lebih kita cinta, itulah yang lebih kita tumpu.
Apa yang paling kita cinta, itulah yang paling kita tumpu.
...dalam kehidupan kita sehari2 di dunia yang sangat sekejap lagi sangat sementara ini.
Marilah kita sama-sama meluruskan dan menepatkan tahap-tahap kecintaan kita sehari-hari dan seumur hidup ini iaitu :
1. Allah SWT
2. Rasulullah saw
3. Berjuang pada jalan Allah
4. Ibu bapa, anak-pinak, saudara-mara, kaum keluarga, harta benda, bisnes, dan rumah.
1/7/22
No comments:
Post a Comment