Sunday, July 31, 2022

Bukan Kerana Harta dan Keturunan

 

Aku tengok makhluk (manusia) ini masing2 "kembali" (mementingkan) harta, kebangsawanan, kemuliaan dan keturunan. Lalu aku pun memandanglah semua itu - tiba2 nampaknya tak ada apa-apa pun (nilai semua itu). Lalu aku pun meneliti firman Allah (yang mengatakan), "Yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang kuat taqwanya." (Al-Hujurat : 13)


(Inilah kata2 Hatim al-Asham kepada gurunya Syaqiq al-Balkhi, sebagaimana yang dipetik oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin. Ringkasnya, engkau mendapat kemuliaan di sisi Allah dengan taqwa, bukan dengan harta, kebangsawanan, kemuliaan atau keturunan.)

 

Julai 2022

No comments: