Dalam kata2, tulisan2 dan video2 pendek biasanya yang diperkatakan itu adalah bersifat umum, tanpa huraian. Jadi, kata2 pendek sebegitu jangan kita ambil sebagai itulah keadaannya 100% tanpa ada ke kiri ke kanan lagi. Ia hanyalah gambaran asas atau dasar sahaja. Masalah timbul apabila kata2 yang sangat pendek itu dipegang oleh seseorang (tanpa mengetahui huraiannya) lalu diletakkannya atau digunakannya dalam segala situasi.
Selalu juga penerangan yang panjang, lengkap dan saling berkait tetapi dipetik pada bahagian2 tertentu sahaja. Hal sebegitu menjadikan maklumat keseluruhannya tidak kita ketahui dan selalu menimbulkan fitnah. Biasakan diri mengikuti kuliah/ucapan penuh seseorang.
Jun 2022
No comments:
Post a Comment