Friday, July 1, 2022

Pertama Kali Dengar Tungku As-Saah

 

PENULISAN : Masih banyak yang menyangkakan bahawa fitnah Mr. D (fitnah terbesar dalam sejarah umat manusia) lebih kurang macam fitnah2 sebelum2 ini sahaja. Mereka sukar untuk menerima apabila dikatakan bahawa fitnah itu adalah lebih besar, lebih rumit, lebih berkesan, lebih berjaya, lebih ramai yang terkena, lebih banyak orang2 pilihan yang tertewas, lebih halus, lebih gelap, lebih dahsyat, lebih dalam, lebih luas, lebih jauh, lebih tidak disangka2, lebih tidak diambil peduli, lebih dipandang remeh, lebih sukar dipercaya, dan lebih ramai yang tidak percaya pun. Jika tidak, tidaklah fitnah terbesar namanya. Fitnah zaman2 Mu'tazilah dahulu (melibatkan 'aqidah) pun masih dikira kecil jika dibandingkan dengan fitnah yang ini.


Setiap tungku/pasak/tiang dalam 4 tungku ad-diin (al-iman, al-islam, al-ihsan, as-sa'ah) itu ada ilmunya yang khas, ada sanad2nya, ada guru2nya, dan ada pengajian2nya.


SOALAN : Salam ustaz, as-saah tu apa?

25/6/22


JAWAPAN : Wlksm. Tungku ad-diin ini ada 4 (sebagaimana dalam hadith Jibril yang terkenal itu). 4 tunku itu ialah tentang al-iman, al-islam, as-ihsan, dan al-sa'ah. Dalam Tariqah Ghazaliyah, keempat2 tungku agama ini ditekankan.

1/7/22


SOALAN : Biasa dengar al-iman ni tauhid, al-islam ni feqah, al-ihsan ni tasawuf. First time dengar al-sa'ah. Al-sa'ah ni apa? Boleh terangkan dengan lebih jelas?

1/7/22


JAWAPAN : Al-sa'ah ini berada dalam hadith yang sama dengan yang 3 lagi itu, tidak terpisah, hadir secara bersamaan dan berturutan di dalam hadith tersebut. Hadith riwayat Muslim ada, riwayat Bukhari pun ada. Hadith sahih. Sebab itu dalam Tarekat Ghazaliyah dan Tarekat Alawiyah (khususnya di Yaman), ditekankan 4 bukannya 3 sebagaimana ajaran kebanyakan guru dan aliran.


As-sa'ah ini berkait dengan masa khususnya zaman akhir. Untuk penerangan JELASnya eloklah diusahakan cari pengajian2 n guru2 yang berkaitan. Sebagaimana ilmu2 3 tungku lagi itu, sedapat2nya carilah guru yang bersanad dalam ilmu ini. Ia adalah ilmu yang berdiri sendiri sebagaimana ilmu2 fekah, aqidah dan tasawuf juga. Sangat luas dan sangat panjang pembelajarannya, sebagaimana ilmu2 yang 3 itu tadi juga. Begitulah penerangan ringkasnya.

1/7/22


No comments: