Mula2 tu sahaya berasa hairan jugak, mengapalah dalam dua minggu ini bertalu2 masuk mesej2 dlm media2 sosial menyatakan hasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tarekat Ghazaliyah. Dalam beberapa hari kemudian ini barulah sahaya bertanyakan kepada beberapa orang itu akan sebab-musababnya. Rupa2nya banyak daripada yang bertanya itu terkena "semangat (filem) Mat Kilau". Terus terbuka hati nak berTST (tasawuf, sufi, tariqah) belaka. Begitu rupa2nya.
Tak kisahlah cetusan semangat itu datang daripada apa/mana/siapa pun. Umumnya, apabila hati sudah mula terbuka, itu petandanya Allah hendak mula memberi. Bersyukurlah dan berusaha gigihlah. Cuma berhati2 dalam memilih guru dan aliran.
Namun begitu, urusan2 berkaitan Tariqah Ghazaliyah dengan sahaya tetaplah sebagaimana jadual2 yang dirangka sebagaimana yang selalu kita paparkan dari semasa ke semasa. Itulah sahaja masa yang sahaya dapat usaha lapangkan untuk urusan2 tariqah. Masa2 lain sudah penuh dengan urusan2 keagamaan yang lain. Urusan tariqah ini hanya salah satu daripadanya. Pada adatnya, memang tak sempat. Jadual terkini ada disertakan di bawah sekali.
Berbalik kepada filem. Dari satu sudut, SEDIKIT-SEBANYAK filem2 dysd (dan yang sewaktu/sespesis dengannya) kelihatan DAPAT JUGA membawa manusia kepada TST. Hal seperti ini juga berlaku di Turki sebelum ini apabila (dalam "ruang kerja" yang "sempit" akibat tekanan sekiranya mahu mengeluarkan material yang benar2 Islamik) keluarnya siri Dirilis Ertugrul (diikuti dengan Kurulus Osman, Uyanis Buyuk Selcuklu dll). Secara tiba2 banyak orang khususnya di sana berminat dengan TST, melebihi daripada kebiasaan. Banyak yang semakin minat untuk mengambil tahu tentang2 tokoh2 TST di dalam siri2 tersebut seperti Syaikh Edabali, Imam al-Ghazali, adiknya Imam Ahmad al-Ghazali, Ibnu Arabi, Al-Hamadani dan lain-lain.
Oleh itu, sangat bagus jika selepas ini di negara kita ini pun terhasil lagi filem2 sebegini. Lebih baikkan lagi isi kandungannya (walaupun kita sedia maklum akan "ruang kerja" yang "sempit" dan tidak boleh hendak mengharap terlalu banyak).
Buatlah cerita tentang Tun Perak, Dato' Maharajalela, Dato' Bahaman, Tokku Paloh, dan tokoh2 lain tetapi jangan diabaikan malah semestinya ditonjolkan aspek TST (tasawuf, sufi, tariqah) mereka. Perjuangan mereka bukan atas dasar semangat bangsa, semangat watan, seni beladiri, persenjataan dan strategi sahaja tetapi yang lebih penting ialah dalaman mereka yang berpasak dengan TST.
Sudah ada beberapa mesej yang dibalas, ada yang sudah dibaca tapi belum sempat dibalas, dan ada yang belum sempat dibuka lagi. Pelan-pelan.
12/7/22
JADUAL UNTUK URUSAN2 TARIQAH GHAZALIYAH (sahaja)
(Yang sudah selesai) :
SIRI 1 - MERU, IPOH (5-6 Mei)
SIRI 2 - TAIPING (21-22 Mei)
SIRI 3 - BANGI (4-5 Jun)
SIRI 4 - SEREMBAN (6-7 Jun)
SIRI 5 - SIMPANG, PERAK (25-26 Jun)
(Akan datang - insya-Allah muktamad)
SIRI 6 - TAIPING (16-17 Jul)
- 16 Julai sudah penuh.
- 17 Julai masih kosong (9.30 - 11.00 pagi)
- Maksimum 3 orang sahaja.
SIRI 7 - TRONG (6-7 Ogos)
- 6 Ogos sudah penuh.
- 7 Ogos masih kosong (9.30 - 11.00 pagi)
- Maksimum 3 orang sahaja.
(Akan datang - belum dimuktamadkan)
SIRI 8 - BUKIT GANTANG (3-4 Sept)
SIRI 9 - KUALA TERENGGANU (7-8 Sept)
SIRI 10 - TRONG (1-2 Okt)
SIRI 11 - MUAR (24-25 Okt)
SIRI 12 - IPOH ( 5-6 Nov)
SIRI 13 - TRONG (3-4 Dis)
SIRI 14 - BANGI (14-15 Dis)
SIRI 15 - SEREMBAN (17-18 Dis)
Jadual ini sudah beberapa kali berubah kerana ada kekangan2 tertentu.
Lokasi yang terpaksa dibatalkan (daripada jadual asal) :
TEMERLOH, GOMBAK, BUTTERWORTH, BACHOK dan JITRA
No comments:
Post a Comment