Sunday, July 24, 2022

Imam Al-Ghazali yang Menciptakan "Zaman"

 *Jarang sangat blog ini kongsikan tulisan orang lain. Tetapi kali ini ada satu artikel yang menarik. Layan...

IMAM AL-GHAZALI YANG MENCIPTAKAN "ZAMAN", BUKAN SEKADAR TEORI

Pengaruh Imam al-Ghazali dalam dunia Islam itu tidak terbatas dalam bidang agama apalagi sekadar teori untuk berceramah di dalam pesantren dan masjid sahaja. Tapi al-Ghazali berhasil mengubah perjalanan umat Islam (walaupun) setelah runtuhnya Baghdad, saat negara Islam terpecah menjadi negara-negara kecil, kelompok batiniyah bermaharajalela, Romawi dan Monggol mengepung Islam, dan paling parah tentunya kelakuan umat Islam sendiri yang kehidupannya dipenuhi dengan syahwat duniawi, bahkan tokoh2 agamanya yang kehilangan ruh Islam dalam mengajarkan Islam.


Bolehlah dikatakan al-Ghazali adalah titik tolak dari dunia Islam menuju kejayaan untuk kedua kalinya. Ini yang membezakan al-Ghazali dengan yang lain-lain - iaitu pengaruhnya tidak di dalam buku sahaja tetapi SECARA PRAKTIKAL. Pemikiran yang luar biasa dan kedekatannya dengan tokoh-tokoh penguasa ditambah dengan dakwah yang bersungguh-sungguh dapat memberi pengaruh nyata kepada masyarakat.


Karya-karya al-Ghazali terutamanya Ihya' 'Ulumudin boleh dikatakan kitab dasar (kitab pokok) era "renaisans Islam", seolah-olah buku itu menjadi tafsir praktikal bagi al-Quran dan hadis yang sesuai diajarkan dan dijadikan kurikulum untuk dijadikan "IDEOLOGI" MASYARAKAT. Dan faktanya kitab ini akhirnya dijadikan kitab wajib yang diajarkan di sekolah-sekolah di dunia Islam saat itu. Hampir kesemua raja yang soleh menjadikan kitab ini sebagai inspirasi, dan dengan kitab ini mereka cuba memperbaiki dan membangun masyarakat mereka, baik dari sisi spritual, pemikiran, bahkan gerakan praktikal. Bukan hanya berhasil memperbaiki manusia secara individu, tetapi juga berhasil mencetak tokoh-tokoh legenda dalam Islam kerana terinspirasi dengan kitab Ihya Ulumudin.

Baik orang itu legenda dunia spritual seperti Sidi Abdul Qadir Jailani, Sidi Muhyiddin Ibnu Arabi, Sidi Abu Hasan Syazili, Sidi Ahmad ar-Rifai dll, yang berhasil menjadi madrasah-madrasah besar yang mempengaruhi kehidupan spritual umat Islam setelah mereka.


Begitu juga tokoh legenda dalam dunia pemikiran seperti Imam ar-Razy, Imam al-Amidy, Imam Ibn Asakir, Imam Izz Abdissalam dll yang berhasil menjadi madrasah besar yang mempengaruhi pemikiran umat Islam dalam menjalani hidup setelah mereka.


Begitu juga tokoh pemimpin legenda seperti Nurudin Zenky, Salahudin al-Ayyubi, Malik Syah dan wazirnya Nizamul Mulk, Muhammad al-Fatih dll yang semuanya sultan yang berhasil mengubah warna sejarah Islam dan ini tentu sangat mempengaruhi umat Islam di wilayah politik, kebudayaan bahkan kesenian. Bahkan akhirnya menjadi superpower pada zamannya.


Boleh dikatakan ERA KEEMASAN KEDUA BAGI UMAT ISLAM yang berakhir sejak masuknya imperialisme barat ke dunia Islam itu adalah "ERA AL-GHAZALI", dan salah satu sebab utama runtuhnya era al-Ghazali itu (kemudiannya dna pada zaman kita ini) adalah kerana ditinggalnya ajaran-ajaran al-Ghazali oleh kaum muslimin. Bahkan sampai sekarang sebagian kelompok dalam Islam sendiri malah terikut-ikut cuba menghilangkan al-Ghazali dan Ihya Ulumudin dari dunia Islam di mana sepatutnya (al-Ghazali dan Ihya' 'Ulumudin itu) jadi inspirasi. Agak aneh memang, tapi itulah yang dilakukan apabila sebagian muslimin menjauhkan umat dari Ihya' dengan mempromosikan bahawa Ihya' itu dipenuhi hadis palsu, sebahagian lainnya menjauhkan umat dari al-Ghazali dengan terus mengulang-ulang bahawa al-Ghazali penyebab kemunduran. Padahal fakta yang terjadi adalah sebaliknya. Ihya dan al-Ghazalilah yang TELAH MENCETAK GENERASI KEEMASAN seperti Salahudin, al-Fatih dll. Wallahu alam


Salah satu orang yang paling memahami tentang al-Ghazali dan yang banyak menghidupkan turats beliau agar dapat mendekatkan al-Ghazali dengan kehidupan muslimin ialah Syeikh Anas Syarfawi. Puluhan buku al-Ghazali telah beliau tahqiq dengan tahqiq yang katanya salah satu paling baik di dunia.


*Tulisan asal dalam bahasa Melayu Indonesia oleh Ustaz Fauzan Inzhagi


No comments: