1. Qalbumu memang tidak akan tenang selagi engkau :
a. masih ada perasaan tidak suka dan iri hati apabila orang lain dikurniakan-Nya kelebihan
b. masih ada perasaan suka hati dan puas hati (padan muka) apabila orang lain ditimpa kesulitan
Dengan tasawuf, insya-Allah qalbumu akan selalu sejahtera kerana :
a. engkau turut bersukacita dan meraikan apabila orang lain dikurniakan-Nya kelebihan
b. engkau turut bersimpati dan mendoakan apabila orang lain ditimpa kesusahan.
...wahai diriku sendiri.
2. Orang2 yang teraniaya tetapi mereka teguh bersabar DAN berusaha berikhtiar, mereka akan mendapat kejayaan yang jika tidak di dunia pun, di akhirat sudah pasti. Dan selalu juga Allah kurniakan kemenangan buat mereka pada kedua2nya sekali iaitu di dunia dan di akhirat.
3. Para nabi dan para wali memilih "kebenaran" yang berisiko berbanding "kebebasan" yang diselubungi "perhambaan".
4. Aku, engkau, kalian, dia, mereka, kami, kita - 0 hebat. Hakikatnya - Allah sahaja yang ada hebat
5. Kadang2 pendakwah bukan tidak kasih, tetapi tidak sempat. Bukan tidak mahu selalu dekat tetapi tidak berpeluang. Kerja2 pada jalan-Nya lebih banyak daripada masa yang ada.
6. Lurus dan cantikkan aqal dengan 'aqidah (al-iman), anggota dengan fiqh (al-islam), qalbu dan ruh dengan tasawuf (al-ihsan), dan "perjalanan" dengan as-sa'ah. 4 tungku ad-ddin (dalam hadith Jibril) bercerai tiada.
- halaqah usrah 16/6/22
7. Beradalah di jalan yang jelas terang, nescaya tidaklah kita berjalan di jalan yang gelap, samar-samar, dan hanya mengikut-ikut.
8. Lagi dapatan tour Ghazaliyah setakat Siri ke-4 : Memang ramai lagi anggota masyarakat kita yang belum tahu bahawa lafaz zikir harian yang 1000x sehari yang selalu berlegar2 di media2 sosial, dinding2 surau, RnR, pejabat2 dan rumah2 itu ialah amalan Tarekat Ghazaliyah. Ramai yang sudah sedia mengamalkannya sejak sekian lama sebelum datang bertemu dengan kita lagi. Sudah amalkan Ghazaliyah pun tanpa disedari. Tahniah, dan teruskan.
10/6/22
9. Sekiranya sudah taksub, kita sudah benar berbelas kali berturut2 pun, sementara2 mereka ternyata tidak benar berbelas kali berturut2 pun, mereka tetap dengan pendirian mereka juga. Mereka bukan lagi mencari kebenaran apatah lagi untuk memperjuangkannya. Yang mereka perjuangkan hanyalah : "Mustahil aku/kami tersalah."
Namun kadang2 sebenarnya segelintir daripada mereka sudah ada pendirian kedua yang menuju kepada persamaan dengan pendirian kita, tetapi tidaklah mereka tunjukkan kerana ego dan malu yang tidak kena dengan tempatnya.
10. Mahu maklumat yang banyak n berkualiti kenalah berkorban gigih mencari. Ia tak sama dgn maklumat yang hanya dinanti dan diberi.
No comments:
Post a Comment