Friday, July 1, 2022

Berhati2 dalam Bergaul dan Berdakwah

 

Rasulullah SAW kuat jiwanya. Baginda tak akan terpengaruh dengan ketidakbaikan orang lain. Tetapi kita jangan terperasan kuat, kerana kita sangat lemah dan mudah terpengaruh dengan keburukan2 orang lain. Maka kita kena sangat berhati2.


Pernah masa di Madinah dulu sahaya tengok ada orang2 kulit hitam dari Afrika duduk2 santai melepak tengah2 panas terik berjam2, atas simen Masjid Nabawi... macam makan angin sahaja. - sembang mesra dan gelak tawa. Macamlah kita lepak2 petang2 atas pangkin bawah naungan pokok manggis atau rambutan. Sahaya duduk 10 minit macam tu pun dah tak tertahan. Sahaya pun berpindah ke bawah payung gergasi macam majoriti tetamu Allah yang lain.


Oleh kerana kita tak setahan mereka, maka jika kita nak contohi mereka pun berpada2lah, ikut kemampuan kita. Samalah halnya dengan Rasulullah yang kuat jiwanya berbanding kita yang iman senipis kuit bawang.


Banyak jaga orang yang niat asalnya untuk jaga perhubungan dan nak berdakwah tetapi akhirnya tanpa disedari secara beransur2 mereka sendiri sebenarnya yang terdakwah dengan mazmumah orang2 yang hendak didakwahnya.

 

Jun 2022

No comments: