Kongsi-kongsi cerita....
Semalam, malam Jumaat, bermimpi berjalan pada waktu malam yang indah di sebuah perkampungan, kerana mencari seorang kawan. Desa Melayu lebih kurang era akhir 80-an.
Langit terang -benderang seolah-olah disuluh lampu, hinggakan bintang-bintang pun tak kelihatan dek kerana terangnya cahaya langit. Kalah cahaya bintang-bintang.
Pemandangan alam sekeliling terutamanya pokok-pokok memang cantik, kerana disimbah cahaya bulan purnama. Sangat besar bulannya seakan-akan merapat ke bumi, hinggakan nampak jelas kawah-kawah di permukaannya. Saya pun guna telefon untuk ambil gambarnya, yang seolah-olah di pucuk-pucuk pokok sahaja lagaknya.
Walaupun sudah tengah malam, di kampung itu tidak ada ketakutan. Penduduknya senang-senang hati belaka.
Tamat cerita.
Selepas terjaga, saya termenung lama, sebab masih melayan lagi keseronokan berjalan seorang diri, melihat keindahan alam.
Abu Zulfiqar
30 Mac 2018
Mimpi malam Jumaat sebelum ini : http://alexanderwathern.blogspot.my/2018/03/rombongan-rerama-sayap-bercahaya.html
No comments:
Post a Comment