Friday, March 23, 2018

Apakah Keutamaan Mengingati Mati?


Janganlah kita membenci kematian kerana itulah jalan untuk bertemu dengan Kekasih iaitu Allah SWT.

“Sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, nescaya Allah pun tidak suka bertemu dengannya.” (Bukhari, Muslim)

“Perbanyakkanlah mengingati mati yang memecahkan kelazatan.” (Turmiz, An-Nasa’i, Ibnu Majah)

Seorang lelaki Ansar bertanya : “Siapakah manusia yang paling pintar dan paling mulia wahai Rasulullah?”
Nabi saw menjawab : “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang lebih kuat membuat persediaan untuk itu. Mereka itulah orang-orang yang pintar, yang pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.” (Ibnu Majah, Ibnu Abi Dunya, dengan sanad baik)

Ka’ab al-Ahbar berkata : “Sesiapa yang mengenal mati, nescaya menjadi mudah baginya musibah dunia dan kesusahannya.”

Safiyyah ra berkata : “Ada seorang wanita mengadu kepada Aisyah ra tentang kekesatan hatinya. Maka Aisyah ra menajwab : “Perbanyakkanlah mengingati mati, yang akan menghaluskan (melembutkan) hati engkau.”

- Petikan dan ringkasan daripada kitab Ihya' 'Ulumuddin : KItab Mengingati Mati

No comments: