Wednesday, March 7, 2018

10 Perkara Tentang Tarekat Syaziliyah Pada Zaman2 Awalnya


1.       Tarekat Syaziliyyah diasaskan oleh Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili (1197-1258). Beliau berketurunan Saiyidina Hasan anak Saiyidina Ali. Beliau tidak meninggalkan apa-apa karya dalam bidang tasawuf.

2.       Penggantinya ialah Abul Abbas Al-Mursi (1219-1287). Beliau juga tidak meninggalkan sebarang karya tasawuf.

3.       Salah seorang murid kepada Abul Abbas Al-Mursi ialah Syeikh Ibnu Ataillah (1259-1309) – pengarang kitab Hikam yang terkenal itu. Ibnu Ataillah orang pertama yang mengumpul dan menulis secara rasmi tentang ajaran-ajaran Tarekat Syaziliyyah.

4.       Umumnya Tarekat Syaziliyyah tidak punya ritual-ritual tertentu, apatah lagi ritual yang berat-berat.

5.       Tarekat ini diamalkan di serata dunia Islam secara terpisah-pisah mengikut zawiyah masing-masing. Umumnya mereka tidak saling berhubungan.

6.       Ajaran tarekat ini mendapat banyak pengaruh Imam Al-Ghazali dan karyanya Ihya’ ‘Ulumuddin serta Abu Talib Al-Makki dan karyanya Qutul Qulub.

7.       Antara kata-kata pengasas tarekat ini ialah : "Seandainya kalian mengajukan sesuatu permohonan kepada Allah, maka sampaikanlah lewat Abu Hamid Al-Ghazali". Perkataan lainnya: "Kitab Ihya' Ulum ad-Din, karya Al-Ghazali mewariskan engkau ilmu. Sementara Qut al-Qulub, karya Abu Talib al-Makki, mewariskan engkau cahaya."

8.       Tarekat ini menarik minat banyak orang daripada pelbagai golongan kerana amalan-amalannya yang ringan, tidak punya banyak majlis serta tidak ada ritual yang berat-berat.

9.       Tarekat ini juga menggalakkan agar para pengamalnya keluar daripada kemiskinan dan tidak membenarkan mengemis.

10.   Sebagaimana Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, para pengamal tarekat ini biasanya akan berpakaian dengan pakaian yang cantik dan kemas, tetapi tidak bermewah-mewah, bermahal-mahal dan boros. Tidak ada pengamal tarekat ini yang berpakaian kotor, tidak terurus atau berpenampilan buruk.


No comments: