Friday, March 23, 2018

Keutamaan Azan dan Solat Fardhu


Keutamaan Azan

Nabi saw bersabda : “Tiadalah yang mendengar seruan azan oleh orang yang melaungkan azan itu sama ada (yang mendengar itu) jin, manusia atau selainnya melainkan akan bersaksi untuk orang yang melaungkan azan itu pada Hari Qiamat.” (Bukhari)

Allah Taala berfirman : “Siapakah yang lebih baik kata-katanya berbanding orang yang menyeru (mengajak orang lain) kepada Allah dan mengerjakan amal soleh?” (Al-Fussilat : 33)


Keutamaan Solat Fardhu

Allah Taala berfirman : “Sesungguhnya solat itu suatu kewajiban yang ditentukan waktunya bagi orang-orang beriman.” (An-Nisa’: 103)

“Perumpamaan solat yang lima waktu itu adalah seumpama sebatang sungai yang tawar airnya di hadapan pintu seseornag dari kamu. Dia mandi di sungai itu lima kali setiap hari. Apa pendapat kamu tentang orang itu, apakah masih ada kotoran pada badannya?”
Para sahabat menjawab : “Tidak ada sedikit pun.”
Lalu kata Nabi saw : ‘Sesungguhnya solat yang lima itu menghapuskan dosa sebagaimana air menghapuskan kotoran.” (Muslim)

Sabda Nabi saw : “ Sesungguhnya solat-solat itu menghapuskan dosa yang terjadi antara solat-solat itu selagi bukan dosa besar.” (Muslim)

Sabda Nabi saw : “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja maka terlepaslah dia daripada tanggungan Muhammad.” (Ahmad, Baihaqi)

- Petikan dan ringkasan daripada Ihya' 'Ulumuddin : Kitab Rahsia Solat

No comments: