Wednesday, March 21, 2018

Apakah Tingkatan-tingkatan Bersuci?




Firman Allah Taala : “Allah menyukai orang-orang yang bersih.” (Al-Baqarah : 108)

Sabda Nabi saw : “Kebersihan itu separuh daripada iman.” (Muslim)

Sabda Nabi saw : “Kunci solat itu ialah kesucian.” (Turmizi)

Bersuci itu 4 tingkatan :
i)             Tingkat satu - mensucikan zahir diri daripada segala hadas, kotoran dan benda-benda yang menjijikkan.
ii)            Tingkat dua - mensucikan anggota badan daripada segala perbuatan jahat dan dosa.
iii)           Tingkat tiga - mensucikan hati daripada segala sifat yang tercela dan sifat-sifat rendah yang terkutuk.
iv)           Tingkat empat - mensucikan sirr daripada sesuatu selain Allah Taala, iaitu bersucinya hati para nabi dan para siddiqin.


- Petikan dan ringkasan daripada Kitab Bersuci daripada kitab Ihya' 'Ulumuddin

No comments: