Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya kepada
penuntut ilmu sebagai tanda redha dengan usahanya itu.” (Ahmad, Ibnu Hibban,
Al-Hakim)
Kata Abu Darda’ : “Aku lebih suka mempelajari suatu masalah daripada
mengerjakan solat satu malam.”
Kata Abu Darda’ : “Hendaklah engkau jadi orang yang berilmu, atau orang
yang menuntut ilmu, atau orang yang mendengar ilmu. Dan janganlah engkau
menjadi jenis yang keempat (iaitu tidak termasuk dalam tiga golongan tadi),
maka binasalah engkau.”
Kata Imam Asy-Syafi’i : “Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada
melakukan ibadah sunat.”
Kata Abu Darda’ : Sesiapa yang berpendapat bahawa pergi menuntut ilmu
itu bukan jihad,maka dia ialah orang yang kurang fikiran dan akal.”
- Ringkasan kitab Ihya' 'Ulumuddin : KItab Ilmu
No comments:
Post a Comment