Ada
seorang sahabat sahaya yang juga orang kanan dalam sebuah tarekat.
Tarekatnya ada di dalam dan di luar negara. Di negara ini, dialah
orang kanan tarekat tersebut.
Dia
ada
menzahirkan
kegusaran kerana memanglah tarekatnya sentiasa ada pertambahan ikhwan
baharu tetapi dari semasa ke semasa ada sahaja ikhwan yang
meninggalkan tarekat mereka, sama
ada secara terang2an mahupun secara diam2. Dia pun bertanya sama
ada Tarekat
Ghazaliyah juga
ada menghadapi masalah sebegini. Jika ada, apa kaedah yang digunakan
untuk menanganinya?
Jawab
sahaya, dalam Tarekat Ghazaliyah tidak ada masalah sebegitu. Bukan
kerana hal itu tidak berlaku, tetapi kerana sudah menjadi
tradisi dalam Tarekat Ghazaliyah ini bahawa
:
1.
Tarekat Ghazaliyah ini adalah untuk semua dan
lebih bersifat
umum.
Orang
lain termasuklah pengamal tarekat lain boleh sahaja jika mahu
mengamalkan
Tarekat Ghazaliyah ini, dan ikhwan Tarekat Ghazaliyah juga boleh
sahaja jika mahu mempelajari dan mengamalkan tarekat2 lain.
Ringkasnya,
masyarakat
bebas untuk datang dan pergi.
2.
Tarekat
Ghazaliyah tidak bermatlamat untuk meramaikan pengikut atau
ahli.
(Untuk
mengikat pengikut, jauh sekali).
Isi pelajarannya diturunkan kepada masyarakat secara begitu sahaja.
Ringkasnya
hampir2 tidak ada mana2 ikhwan Tarekat Ghazaliyah yang mengajak orang
lain untuk mengambil tarekat ini. Bagi yang datang, itu adalah atas
keterbukaan hati mereka sendiri. Diri
mereka sendiri yang mengajak mereka untuk bertarekat Ghazaliyah.
3.
Pengijazahan dan bai’ah secara
rasmi tidak
jadi kemestian
dalam tarekat ini, walaupun hal itu sangatlah bagus jika
dapat
dilakukan.
Semua ilmu
yang
disampaikan memang sudah diniatkan awal2 sebagai
diijazahkan.
4.
Tarekat Ghazaliyah (dan
Tarekat Junaidiyah juga)
ini umumnya masih kekal dalam bentuk asalnya sejak zaman Imam
Al-Ghazali iaitu sebagai “jalan”, dan KURANG
bersifat organisasi. Jadi
dari SATU
SUDUT, sebenarnya bolehlah dikatakan bahawa kurang
sesuai istilah
ahli atau anggota. Yang lebih
sesuai
adalah
istilah
pengamal.
Ringkasnya,
Tarekat Ghazaliyah ini tidak berasa bertambah jika ramai yang datang
dan tidak pula berasa kurang jika ramai yang pergi. Ramai
pun tidak bertambah suka, berkurang pun tidak bertambah duka. Umumnya
begitulah. Sebab
itulah dikatakan bahawa masalah yang diutarakan itu tidak ada
dalam Tarekat Ghazaliyah. Jadi,
dari
segi pengalaman, tak
adalah kaedah yang dapat
dikongsi dan disyorkan.
Cuma
dari segi sekadar pandangan peribadi, kita
boleh
usahakan
:
1.
Dari
segi syariatnya - pohonlah
kepada Allah tentang hajat kita dalam hal ini.
2.
Dari
segi syariatnya - Tekankan
adab terutamanya adab keluar masuk sesuatu tarekat itu sedari awal.
3. Dari segi syariatnya, kita jangan ada sebarang kepentingan peribadi terhadap mana-mana ikhwan tarekat kita. Dengan itu, hati kita akan berasa banyak lapang.
4.
Dan dari segi hakikatnya, pandanglah bahawa segala yang berlaku itu adalah
atas kerja-Nya Allah SWT. Dengan itu, hati akan lebih tenteram.
Wallahu’alam.
Abu
Zulfiqar Al-Amsyari
1
November 2020