Di manakah lokasi sebenar Gua Ashabul Kahfi?
Setakat ini, tidak ada yang muktamad. Ada yang kata di :
i) Ar-Rajib, Jordan
ii) Ephesus, Turki
iii) Tarsus, Turki
iv) Izmir, Turki
v) Afsin, Turki
vi) Azerbaijan
vii) Mar Musa, Syria
viii) Gunung Qasioun, Syria
ix) Chenini, Tunisia
x) Dan ada lagi kelompok2 kecil yang mendakwa gua sekian2 sebagai lokasi Ashabul Kahfi. Sampai ke Nusantara pun ada.
Macam biasalah, berkaitan hal2 yang hebat2 ni, maka banyaklah pihak yang akan buat dakwaan itu dan ini bahawa hal2 itu berkait dengan mereka atau pun dekat dengan mereka.
Contohnya : Tempat turun Nabi Adam, tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh, Gunung Tursina, tokoh2 atau kelompok2 dari Timur, istana Nabi Sulaiman, kerajaan Saba’, Al-Mahdi …… dsb.
Nasib baiklah Ka’bah itu masih ada. Sekiranyalah Ka’abah sudah runtuh atau hilang, sudah tentulah akan ada dakwaan bahawa Ka’bah itu di Nusantara dan tempat2 lain juga. Dalam keadaan Ka’bah tu masih kukuh berdiri pun, sudah sedia ada dakwaan bahawa Ka’bah sebenarnya berada di tempat2 lain seperti di Palestin dan di Jordan.
Sebenarnya orang2 dari wilayah2 lain pun di serata dunia ini mempunyai sentimen atau perasaan atau terperasan yang sama. Manusia umumnya memang terdorong hendak mengaitkan hal yang hebat2 dengan tempat masing2. Walau ada sedikit sahaja pun macam ada kaitan, mereka akan berusaha membuat puzzle2 agar hal itu berkait dengan tempat mereka. Tetapi jika kita belajar ilmu as-sa’ah, insya-Allah sentimen ini akan terkawal dengan kaedah2 ilmu as-sa’ah.
- Nota catatan daripada kuliah khas Ciri-ciri & Kualiti Ashabul Kahfi oleh Abu Zulfiqar al-Amsyari
No comments:
Post a Comment