Sunday, March 29, 2026

Sediakan Payung Menjelang Hujan

 

 

1.      Sediakan payung sebelum/ menjelang hujan dengan persediaan yang PERLU dan SEWAJARNYA.  

2.      Jika hujan turun, insya-Allah kita tidak basah atau kurang basah. Jika hujan tidak jadi turun, kita tetap tidak kerugian. Payung tetap boleh diguna nanti.

3.      Jika tidak disediakan payung sebelum/menjelang hujan turun, tiba2 hujan turun. Pendek kata kita akan basah.

4.      Tak bertaraf perlu untuk membeli atau menyediakan payung yang mahal2. Itu kehendak namanya.

5.      Tak perlu sediakan payung yang sangat besar. Itu pun kehendak.

6.      Tak perlu sediakan payung banyak2. Itu membatalkan tawakkal.

7.      Kuatkan hati, jangan terpengaruh dengan orang2, pihak2 dan asatizah anti payung. Mereka memang sedia meriah sejak 6-7 tahun yang lalu.

 

*Berguru dan belajar kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dan ilmu as-sa’ah hal2 berkaitan “payung”. Pastikan yang bersanad muttasil.

 

29/3/26

Sejarah Ringkas Ilmu As-Saah

 

Pertanyaan : Saya mohon ustaz sekiranya boleh ceritakan sedikit tentang asal-usul ilmu as-sa’ah.

 

Jawapan : Secara ringkasnya :

 

 

1.      Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ilmu al-iman, al-islam, al-ihsan dan as-sa’ah.

2.      Utusan-Nya ialah malaikat Jibril.

3.      Pengasas sebenar (sebelum diasaskan sebagai satu ilmu yang “berdiri sendiri”) keempat2 tungku agama atau fardhu ad-diin ini dalam kalangan manusia dan jin ialah Rasulullah SAW.

4.      Keempat2 sayap ad-diin ini diasaskan sebagai satu ilmu yang “berdiri sendiri” kemudian daripada zaman Rasulullah SAW.

5.      Para sahabat r. hum ada banyak. Antara mereka ada yang elit atau punya kemahiran khusus dalam juzuk2 ilmu tertentu melebihi sahabat2 yang lain. Hal ini kerana tidak ada sahabat yang mampu menanggung kesemua 100% ilmu2 lanjutan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

6.      Sahabat baginda yang elit dalam ilmu-as-sa’ah ini ialah Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkemahiran tinggi dalam banyak perkara  seperti hal ehwal fitnah, zaman fitnah, kemunafikan, perisikan, kerja2 kerahsiaan, akhir zaman, zaman akhir dan yang seumpama dengan semua itu.

7.      Ilmu as-sa’ah yang dimaksudkan di sini adalah ilmu berkaitan akhir zaman, zaman akhir dan awal zaman akhirat.

8.      Ilmu as-sa’ah ini turun melalui sanad yang muttasil daripada seorang guru kepada seorang guru, sehinggalah sampai ke zaman Imam al-Ghazali.

9.      Imam al-Ghazali ada “beruzlah” selama 10-11 tahun. Dalam uzlahnya itulah beliau mengasaskan Tariqah Ghazaliyah dan mengasaskan ilmu as-sa’ah sebagai satu ilmu yang “berdiri sendiri”.

10.  Ertinya ilmu as-sa’ah ini sudah diasaskan hampir 1000 tahun yang lalu. Ia bukan satu ilmu yang baru disusun 10-20 tahun atau 100-200 tahun belakangan ini.

 

Begitulah secara ringkasnya. Wallahua’lam.

 

28/3/26

Thursday, March 26, 2026

Pemahaman Tentang Zaman Hujung

 

Pertanyaan : Maaf nak bertanya. Pemahaman2 ustaz tentang akhir zaman ni diambil dari mana ye? Adakah ilmu fitan? Atau lain2? Pendekatan ustaz nampak ada sikit kelainan.

 

Jawapan : Dasar2 pemahaman tentang AKHIR ZAMAN dan ZAMAN AKHIR ini yang utamanya kami ambil daripada ILMU AS-SA’AH. Bukannya daripada fikir2/reka2 sendiri, ilmu fitan, ilmu eskatalogi, ilmu fiqh tahawulat, ilmu teori konspirasi dan nama2 yang lain walaupun semua itu ada juga sedikit-sebanyak kaitan, persamaan dan sokongan penambahan/ pengkayaan maklumat.

 

Ilmu as-sa’ah ini ialah satu ilmu yang berdiri sendiri. Ia diasaskan sebagai satu ilmu yang berdiri sendiri oleh Imam al-Ghazali dalam “uzlah”nya selama 11 tahun. Ilmu ini perturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara bersanad yang muttasil (bersambungan tiada terputus).

 

Dalam agama Islam ini kita ada 4 TUNGKU AGAMA atau 4 FARDHU AD-DIIN sebagaimana dalam hadith Jibril yang termasyhur itu iaitu fardhu al-iman (‘aqidah, tauhid wilayah ‘aqal), al-islam (fiqh, usul fiqh dll), al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah, tauhid wilayah qalbu dll) dan AS-SA’AH (akhir zaman, zaman akhir dan awal zaman akhirat). Keempat2nya hadir dalam HADITH YANG SAMA , bahkan secara BERTURUTAN TIADA TERPISAH dan TIADA TERSELANG. Keempat2 ilmu ini lengkap dengan kaedah2nya yang tersendiri. (Kami biasa sebut sebagai 4 Sayap).

 

Tariqah Ghazaliyah turun 4 bersaudara dalam sanadnya iaitu sukatan pelajaran ilmu ‘aqidah Imam al-Ghazali (sebagaimana dalam ar-Risalah al-Qudsiyah), sukatan pelajaran ilmu al-ihsan Imam al-Ghazali (yang biasa disebut sebagai Tariqah al-Ghazaliyah), sukatan pelajaran ilmu berkaitan akhir zaman, zaman akhir dan awal zaman akhirat Imam al-Ghazali (inilah yang disebut sebagai ILMU AS-SA’AH), dan sukatan pelajaran ilmu alam Imam al-Ghazali.

 

26/3/26