Saturday, March 18, 2023

Musim Perawat Suk Buat Duit

 

Sudah berbulan2 dan ada yang bertahun oksigen semulajadi tak masuk dengan cantik ke dalam badan, lalu jatuh sakit. Tiba2 terbit masalah pernafasan, masalah paru2, masalah oksigen, stress, kemurungan bagai... selalunya yang akan terus disyaki tetaplah jin, sihir, buatan orang, terlangkah, lintasan, keteguran, saka, tokong, pokok beringin, barang2 lama, seni pertahankan diri, atau hal2 yang sewaktu dengannya. Kadang2 jin pun pening - macam manalah aku boleh terlibat dalam cerita ini...? ( ...pengalaman aktif semula merawat sekitar Oktober 2021-Mac 2022.... )


Sekarang pun sebahagian rakan2 muallij mengalami situasi yang sama. Yang untungnya perawat2 suk (bukan ulama je ada yang suk) yang ambil kesempatan buat baaanyak duit. Dapat tahu sahaja yang pesakit dan keluarga sudah cenderung untuk menyalahkan "hal2 ghaib", lagi dikarang2nyalah cerita dunia khayalan dunia impian. Itu yang sekeluarga besar semua sekali (tak boleh tersisa walau satu orang) pakat kena mandi limau. Kononnya sebab saka. Jika miss walau seorang, nanti sang saka akan boleh masuk lagi. Sekadar contoh : satu orang RM88 darab dengan 40-50 orang dari datuk nenek sampai ke cucu-cucu... untunggg!


Ada yang satu keluarga kecil kena berubat semua walaupun seorang sahaja yang sakit. Dibuatlah satu sesi rawatan yang nampak gah, beraura mistik lagi bersadur kemasan keagamaan. Maharnya RM1000 darab 5 orang. Bayi pun kena rawat sekali. Untunggg...!


Ada yang selepas dirawat, dipromosi pula amalan atau pemakai tertentu agar dapat keselamatan itu ini, agar tidak berlaku lagi, atau jika berlaku lagi pun nanti maka kesannya akan berkurang - tak teruk. Ada yang namanya benteng, ada pagar, ada kota, ada malaikat penjaga, ada pembalik... macam2 ada. Boleh pilih beberapa yang mahu. Menarik belaka. Satu amalan katakanlah RM50. Pesakit yang terdesak pun akan ambil 2-3 amalan. Ahli keluarga yang datang yang tidak terdesak pun, akan tertarik pula dengan amalan2 lain yang tidak berkaitan seperti pemanis, pelaris, penarik/magnet rezeki, penguat tenaga batin, pengacip, dan macam2 lagi. Seorang ambil 2-3 amalan, kalau 5 orang sudah berapa? Bertambah-tambah untung si perawat. "Kalah gaji pensyarah," kata orang kampung.


Padahal si sakit hanya seorang dan puncanya kerana oksigen yang piauw (pure) dah kurang masuk. Asalkan berdoa, betulkan cara hidup dan hidup udara segar setiap hari, insya-Allah sembuh (jika penyakitnya belum teruk) atau akan berkurang penyakitnya (jika sudah tahap teruk).


Masalahnya, kebanyakan yang datang, yang menelefon atau yang menulis (internet) ketika itu sudah pun "terkena" lebih dahulu. Setelah banyak wang dikeluarkan tapi sakitnya tidak juga kurang2 malah ada yang semakin teruk, mereka pun mencari2 perawat lain lalu terjumpa atau disarankan menghubungi kita. Yang masalahnya masih di peringkat awal, kita cubalah bantu mana yang dapat. Yang masalahnya lebih lagi, kita pun tiada upaya. Kita cadangkan mereka teruskan dengan pihak doktor sahajalah sebagaimana biasa.


Saya pernah menulis pada tahun lepas (2022) bahawa tahun itu merupakan tahun yang paling cantik untuk para "perawat" buat duit. Tak putus2 orang mendapatkan khidmat. Silap2 tahun ini pun masih berlanjutan lagi. Wallahua'lam.


Berhati-hatilah.


*Bukan semua yang mengalami masalah kesihatan itu disebabkan tidak cantik pengurusan oksigen. Hanya sebahagian sahaja. Banyak lagi yang memang atas sebab2 masalah kesihatan yang biasa kita maklumi, dan ada sebahagian lagi memang atas hal2 mistik/ghaib.

*Sahaya tidaklah terlibat kerana semua rawatan saya adalah percuma dan pada akhir bulan Mac 2022 saya sudah henti merawat sepenuhnya.


17/3/2023

No comments: