Friday, March 17, 2023

Mimpi Lipas2 Lagi

 

Entah berapa tahun yang lampau, 6-7 tahun ke, 8-9 tahun ke, berapa ke, saya sudah tidak ingat, saya bermimpi melihat banyak lipas di dalam rumah. Ratusan ekor lebih kurang. Majoritinya berwarna hitam dan ada yang sebahagiannya mempunyai warna merah sedikit.


Sebelum mendapat mimpi tersebut, dalam beberapa minggu itu sesekali saya terperasan seperti ada makhluk melintas. Ingatkan ada jin menyinggah sebentar atau tersesat. Selang 2-3 hari, macam ternampak lagi. Kemudian, nampak lagi. Tak boleh jadi ni. Sudah lain macam nampaknya.


Akhirnya pada suatu malam saya pun berdoa kepada Allah dan membacakan bacaan2 tertentu kepada sedikit air lalu merenjiskan air tersebut ke serata dalam rumah sambil membacakan Ayat Kursiy.


Malam itu juga saya bermimpi melihat ratusan ekor lipas mati bergelimpangan (atau apa jualah istilah yang tepat) bertindan2. Pendek kata sejak itu tiadalah lagi saya ternampak makhluk2 melintas lagi. Berlalulah kisah tersebut bertahun2 dahulu.


Baru2 ini, saya mengemas bahagian dapur. Maksudnya kena memunggah, mencuci dan mengatur semulalah. Sambil2 mengemas, saya lazimilah zikir2 yang biasa diamalkan.


Malamnya (menjelang subuh) saya bermimpi melihat lipas lagi. Ada le dalam 20-30 ekor yang bersarang di segala ceruk dapur dan barang2. Kulitnya lebih tebal dan berwarna merah bercampur oren. Habis lari bertebaran menyelamatkan diri ke luar rumah lesap jauh entah ke mana2. Tamat mimpi.


Rupa2nya ada juga penghuni2 yang tidak kelihatan mencuri tumpang. Baru berhijrah tu. Mereka dapat bertahan di dapur itu mungkin kerana mereka jenis yang lebih kuat berbanding yang dulu.


Biasanya (bukan semestinya), jenis yang kelihatan/diperlihatkan kepada kita dalam bentuk lipas, semut, lipan dan yang seumpama dengannya itu adalah daripada spesis yang lemah tetapi banyak (hidup berkumpulan).


15/3/23

No comments: