Sunday, March 19, 2023

Imam al-Ghazali dan Amalan Pendekar

 

IMAM AL-GHAZALI DAN AMALAN PENDEKAR


Datanglah pertanyaan daripada seorang hamba Allah tentang hubungan antara Imam al-Ghazali dengan Ayat 4. Ayat 4 itu biasanya digunakan oleh sebahagian ahli tempur dan beladiri khususnya di Nusantara. Ia dikenali dengan pelbagai nama dan sering dikaitkan dengan banyak pendekar terdahulu serta perguruan2 silat tertentu. Khabarnya dengan mengamalkan Ayat 4 itu ada orang2 yang mendapat kelebihan tertentu yang bersifat luar biasa dalam pertempuran. Ada yang kata boleh kebal, ada yang kata parang boleh terbang, ada yang kata boleh ghaib, ada yang kata sewaktu menumbuk atau menyerang menggunakan senjata nanti hanya penumbuk atau senjata sahaja yang kelihatan (dari situlah asalnya cerita parang terbang), dan macam2 lagilah. Wallahua'alam.


Sefaham sahaya, Imam al-Ghazali tidak punya kaitan secara langsung dengan Ayat 4. Cuma ayat yang ke-4 dalam Ayat 4 itu memang antara zikrullah amalan beliau. Dan pada ayat ke-3 pula, awal ayat itu merupakan Zikir Harian Imam al-Ghazali pada hari Ahad. Mungkinlah pengasas Ayat 4 ini dahulu kala ada mendapat ilham untuk menjadikan amalan Imam al-Ghazali sebagai salah satu daripada isi kandungannya. Wallahua'lam.


Ditanya lagi, adakah Imam al-Ghazali mempunyai ayat2 pendekar seperti Ayat 4 atau yang seumpama dengannya?


Pada dasarnya Imam a-Ghazali bukanlah tok pendekar. Beliau seorang wali Allah, mujaddid zaman, ulama, ahli sufi, dan pemimpin keruhanian. Antara ruhani2 yang ditarbiahnya ialah para pendekar dan tentera. Antara amalan utama yang disarankan oleh Imam al-Ghazali kepada tentera Kerajaan Seljuk, para intellijen dan para mujahid Perang Salib di Syam (Syria) ialah (mudah2 sahaja amalannya) :

1. Ayat Kursiy

2. Syahidallahu annahu lailahaillahua wal malaikatu wa ulul ilmi qaimanbilqist. Lailahaillahual azizul hakim.

3. Al-Ikhlas

4. Al-Falaq

5. An-Naas

6. Kemudian nyatakan (mohon) kepada Allah akan hajat2 yang dihajati. Boleh guna sebarang doa yang biasa dibaca orang atau cakapkan sahaja mengikut susunan sendiri, dalam bahasa yang diketahui.


Ringkas sahaja amalannya dan bacaan2nya pun memang menjadi kelaziman masyarakat kita.


*Umumnya Imam al-Ghazali bermusafir dan beruzlah seorang diri (dan menumpang2 kafilah - rombongan2 pedagang terutamanya jika perjalanan jauh) ke sana ke mari selama sepuluh sebelas tahun tetapi dengan izin Allah beliau selamat. Padahal musuh2nya dari kalangan kerajaan Syiah Fatimiyah, kaum Hasyasyin (assassins yang sebenar), ejen2 sulit tentera salib, musuh2 pemerintah Abbasiah dan Seljuk (musuh kepada Khalifah Mustazhir, Sultan Malik Syah, Perdana Menteri Nizam al-Mulk, Sultan Muhammad Tapar, Sultan Ahmad Sanjar dan lain-lain) berusaha untuk menghapuskannya.


19/3/23

No comments: