Sunday, March 12, 2023

Kepentingan Usaha Tabligh dalam Kalangan Orang Awam

 

Salam Ustaz (Abu) Zulfiqar. Apa pandangan ustaz (tentang) kepentingan gerakan usaha dakwah Tabligh di kalangan orang awam...? Saya Uxxx (Axxx Axxxx) dari Kota Bharu.


JAWAPANNYA : Waalaikumussalam. Kebetulan saya sendiri bermula dengan Tabligh lebih kurang pada tahun 1993 dulu. Saya menjawab bahagian yang disoal sahaja iaitu antara KEPENTINGAN gerakan usaha dakwah tabligh dalam kalangan ORANG AWAM :

1. Ia memberi lebih pilihan kepada orang awam kerana kehadirannya menambahkan perkumpulan2 Islam yang ada.

2. Ia sesuai untuk orang awam kerana umumnya ia agak mudah, ringkas dan ringan.

3. Ia sangat berkesan untuk mendekatkan orang awam dengan sunnah2 Rasulullah dan para sahabat.

4. Ia membantu memakmurkan masjid surau sedangkan masjid surau merupakan tempat sebahagian orang awam selalu pergi.

5. Ia membuka ruang kepada orang awam untuk meredakan minda daripada tertekan dengan urusan2 keduniaan atau kala susah hati.

6. Ia membuka ruang kepada orang awam untuk belajar2 berdakwah ke sana ke mari dengan kos yang rendah.

7. Umumnya ia mewujudkan hubungan yang baik antara sesama umat Islam.

8. Ia berpontensi mewujudkan suasana agama di rumah.


Wallahua'lam.


12/3/23

No comments: