Friday, December 9, 2022

Tafsir Mimpi Mata Jadi Putih

 

PERTANYAAN MIMPI : Pada suatu malam saya mengalami mimpi yang pelik. Sebelum tidur saya baca ayat-ayat Quran dan zikir2 dengan anak. Dalam pukul 3.30 pagi saya terjaga. Saya tidak bangun buat solat tahajud tapi saya bertafakur dan berzikrullah. Lebih kurang 20 minit selepas itu saya pun tidur semula dalam keadaan berzikir. Antara waktu itu sehingga sebelum subuh itulah saya bermimpi.


Dalam mimpi itu saya melihat ke dalam cermin. Saya terkejut kerana pada cermin itu nampak mata saya sebelah kanan jadi warna putih semua seolah-olah buta. Tapi dalam dunia sebenar (*di luar cermin) mata saya normal kedua-dua belah. Saya pun menggerakkan bola mata untuk membetulkan mata saya semula. Setelah kembali normal selepas itu ia jadi lagi seperti tadi iaitu berwarna putih semua. Apakah maksudnya?


JAWAPAN : Mimpi ini bermaksud anda ada mengetahui sebahagian daripada suatu rahsia besar akhir-akhir ini. Anda berusaha untuk menutup sebahagian daripadanya tetapi dalam masa yang sama anda berusaha juga untuk membuka sebahagian daripadanya pula. Insya-Allah akan ada lagi lanjutannya yang berkaitan. Wallahu'alam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Dijawab pada 8/12/22

No comments: