Thursday, December 1, 2022

Habuan Sebagai Umpan

 

Cara lama yang diulang-ulang

kerana masih tetap ada berjaya,

tidak berkurang.


Kita dilorongkan mereka

untuk mendapat sedikit ganjaran

agar terbuka lorong bagi mereka

meraih lebih banyak habuan.


Malangnya kita

masih tidak mahu ambil pengajaran

walau sudah lama

diberi pengetahuan.


Mudah terpesona dan terpercaya

dengan media, kuasa, nama,

pengaruh, wang dan jawatan.

Hingga terhijab

daripada pencerahan.


27/11/22


No comments: