Thursday, December 1, 2022

Tafsir Mimpi : Big Ben dan Orang2 Berpenyakit

 

Lagi maksud mimpi ditanyakan kepada sahaya. Ada seorang hamba Allah yang bermimpi melihat bangunan jam besar Big Ben di London. Di sekeliling Big Ben itu terdapat banyak manusia2 yang berpenyakit dan dalam keadaan hilang kewarasan tetapi mereka tidak dapat bergerak ke mana-mana. Hal itu adalah demikian kerana di sekeliling kumpulan mereka dan Big Ben itu sendiri terdapat macam takungan air yang besar dan dalam. Jadi manusia2 tidak sihat itu terkepung di sekeliling Big Ben itu sahaja.


Kemudian hamba Allah ini terlihat ibunya sedang berada di seberang sana takungan air itu (masih di luar daripada bulatan sungai/parit besar itu, cuma di sebelah sana). Ibunya mahu pergi menziarahi kawannya yang sakit walaupun cuba dihalang oleh hamba Allah ini. Kemudian ibunya membuka sebuah pintu lalu ternampaklah cahaya. Apakah maksudnya?


Big Ben, manusia2 berpenyakit dan lingkaran/bulatan parit air itu ada maksud yang tertentu tetapi tidak cukup jelas. Yang dapat sahaya kongsikan di sini cuma sepanjang tempoh masalah kesihatan melanda kita dalam 2-3 tahun ini, hamba Allah ini dan ibunya tidak pernah kena. Dan ibunya berusaha untuk menziarahi rakan-rakannya yang tidak sihat dan berusaha berbuat sesuatu walaupun keadaan itu agak berbahaya. Dan tindakan ibunya itu mendapat keredhaan Allah.


28/11/22

No comments: