Tuesday, September 13, 2022

Tak Mahunya

 

Hendak pecahkan, lemahkan,

dan hancurkan umat Islam ini

serta terus menyedut keuntungan2

daripada umat Islam ini

tidaklah susah bagi musuh2nya.


Mereka campakkan benih2

lalu menyuburkan sekian banyak isu2 khilaf,

maka berpecahlah umat,

lemahlah ia dan

banyaklah yang hancurnya.


Dari situ

musuh2 dengan selesa

terus menyedut secara besar2an

apa yang mereka mahu sedut

daripada umat yang besar ini.


Kerja mereka menjadi jauh lebih mudah

kerana yang berterusan mencampak

dan menyuburkan benih2 isu khilaf itu

ialah sebahagian daripada umat Islam sendiri.

Maka musuh2 sekadar duduk santai

bersandar di kerusi rehat mereka

sambil memeriksa "isi akaun" mereka

yang sentiasa bertambah

hasil sedutan daripada

kekayaan dan kelebihan umat ini.


Padahal

jika bersepakat direhatkan sebentar sahaja pun

isu2 khilaf berkaitan,

isnya-Allah dalam masa yang singkat sahaja

kita dapat membentuk satu umat besar

lalu meluluhlantakkan

sekian banyak perancangan dan tindakan

musuh2 itu.


13/9/22

No comments: