Sunday, September 18, 2022

Lagi Cara Imam al-Ghazali Memelihara Tariqahnya

 

Berkaitan Tariqah Ghazaliyah ini, mursyid saya dulu berpesan bahawa selepas beliau meninggal dunia, beliau tidak akan datang semula secara jaga atau melalui sebarang pengalaman keruhanian yang pelik2 kepada sesiapa jua pun. Paling kuat pun, penampilannya sekadar melalui mimpi dan mimpi itu hendaklah diterima, dita'wil, dita'bir atau ditafsir selayaknya dengan ilmu tafsir mimpi yang benar.


Sekiranya ada orang sama ada di dalam atau di luar Tarekat Ghazaliyah yang mendakwa ada bertemu dengan beliau secara berhadapan selepas matinya atau melalui pengalaman keruhanian yang pelik2, bersaksilah bahawa yang ditemui itu bukanlah beliau.


Begitulah pesanan beliau kepada saya, pesanan gurunya kepada beliau, pesanan guru kepada guru dan seterusnya ke atas sehinggalah sampai kepada pengasasnya. Dan begitu jugalah pesanan saya kepada murid-murid saya dalam tariqah ini.


Cara yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali ini membuatkan tarekatnya terpelihara daripada sebarang usaha penyelewengan, penambahan atau pengubahsuaian. Semoga keaslian dan kebenaran tarekat ini terus dipelihara oleh Allah SWT.


18/9/22

No comments: