Saturday, September 3, 2022

Kisah Ibnu Hirizihim Mencetak dan Menyebarkan Kitab2 Imam al-Ghazali

 

Setiap murid Ibnu Hirzihim yang mempelajari Tarekat Ghazaliyah di bawah bimbingannya dimestikan menyalin keseluruhan kitab induk Ihya' 'Ulumuddin sekurang-kurangnya sekali. (Ada khabar mengatakan sekali setiap tahun. Wallahua'lam) Salah seorang muridnya yang terkenal ialah Abi Madyan.


Pada zaman tulisan tangan itu, Maghribi (Morocco) menjadi pengeluar utama kitab2 Imam al-Ghazali. Hal ini kerana Ibnu Hirzihim mewujudkan zawiyah rasmi Tarekat Ghazaliyah yang antara khidmat mereka ialah menyalin karya2 sang Hujjatul Islam.


Buat pertama kalinya Faqih al-Muqaddam di Yaman mendapatkan karya2 Imam al-Ghazali termasuklah Ihya' 'Ulumuddin adalah dari zawiyah ini yang ketika itu mursyidnya ialah Abi Madyan. Sejak itu di Yaman, mereka mula menjadikan kitab Ihya' sebagai salah satu wirid (bacaan) harian.


Cuba cari cerita mimpi Ibnu Hirzihim bertemu dengan Rasulullah SAW, Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Imam al-Ghazali. Sangat menarik mimpinya kerana sebelum itu Ibnu Hirzihim ialah seorang ulama yang sangat membenci Imam al-Ghazali (padahal bapa saudaranya ialah mursyid Tarekat Ghazaliyah) yang menyeru2 di atas mimbar agar karya2 sang Hujjatul Islam terutamanya Ihya' dikumpul dan dibakar.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

2/9/22

No comments: