Thursday, September 15, 2022

Sahabat Bermimpi Berkahwin Lagi

 

Pada hujung bulan Julai 2022 lalu, seorang hamba Allah bertanyakan tentang maksud mimpinya. Dia bermimpi berkahwin lagi walaupun sudah punya isteri. Wajah pengantin wanita itu sangat jelas. Lama dia berbual dengan si wanita.


Saya pun bertanya sama ada dia kenal akan pengantin wanita itu atau tidak. Dia tidak mengenalinya.


Maka mimpi itu bermaksud dia akan mendapat semacam peluang/anugerah tetapi hal itu satu sahaja, tidak banyak. Apa peluang/anugerah itu? Tidaklah saya mengetahuinya tetapi memang sesuatu yang hebat dan saya lebih cenderung bahawa hal itu berkaitan keluarga berbanding kerjaya, pangkat, keagamaan dan lain-lain.


Dua bulan berlalu. Pada September 2022 ini, dia ada bertanya sama ada saya masih ingat akan mimpi yang pernah ditanyakannya itu. Saya tidak mengingatinya kerana pada setiap hari ada sahaja mimpi2 baharu yang ditanyakan orang (sehingga banyak yang belum sempat berjawab). Kemudian dia memaklumkan bahawa sebenarnya dia ada mendapat khabar gembira kerana isterinya sedang hamil. Mereka sudah berusia 40-an dan mungkin tidak menjangka untuk mendapat anak baru lagi. Ketika dia bertanya tentang erti mimpi tersebut pada Julai lalu, tanpa disedari sebenarnya isterinya sudah pun hamil dalam sebulan setengah. Alhamdulillah. Syukur.


15/9/22


No comments: