Friday, September 16, 2022

Cara Imam al-Ghazali Memelihara Aliran KeRUHaniannya

 

Seorang hamba Allah (yang tidak cenderung pun kepada tasawuf, sufi, dan tariqah) bertanya tentang cara Imam al-Ghazali memelihara tarekat yang diasaskannya agar terus asli walaupun setelah ketiadaan beliau. Walau apa jua niatnya, dengan izin Allah kita sediakan serba sedikit jawapan buatnya.


JAWAPAN KITA :


Imam al-Ghazali dimaklumi sebagai salah seorang genius yang ulung dalam sejarah umat manusia. Antara buah fikirannya yang sangat bagus dapat kita teliti dari sudut beliau berusaha dan berikhtiar untuk memastikan agar keaslian Tarekat Ghazaliyah terus terpelihara dengan baik. Apa yang dilakukan beliau?


TIADA PENGGABUNGAN ATAU PENGUBAHAN


Tarekat Ghazaliyah kekal sebagaimana bentuknya yang asal. Ia tidak akan digabungkan dengan tarekat2 lain sehingga menjadikan namanya (sebagai contoh) :

1. Tarekat Ghazaliyah as-Suhrawardiyah atau sebaliknya

2. Tarekat Ghazaliyah al-'Alawiyah atau sebaliknya

3. Tarekat Syaziliyah as-Suhrawardiyah al-Ghazaliyah atau sepertinya

4. Tarekat Muhammadiyah al-Ghazaliyah atau sebaliknya

5. Tarekat Naqsyabandiyah al-Qadiriyah al-Ghazaliyah atau semacamnya,

melainkan ia tetap kekal sebagaimana asalnya iaitu Tarekat Ghazaliyah sahaja.


Oleh sebab itu apabila guru2 Tarekat Ghazaliyah mahu menyesuaikan Tarekat Ghazaliyah dengan keperluan atau kehendak tertentu pada tempat dan zamannya, mereka tidak lagi menggunakan nama Tarekat Ghazaliyah. Contohnya guru2 Tarekat Ghazaliyah seperti :

1. As-Suhrawardi yang kemudiannya mengasaskan Tarekat Suhrawardiyah.

2. Imam asy-Syazili yang kemudiannya mengasaskan Tarekat Syaziliyah

3. Faqih al-Muqaddam yang kemudiannya mengasaskan Tarekat Alawiyah

4. Syeikh Muhammad as-Suhaimi yang kemudiannya mengasaskan Tarekat Muhammadiyah.

Semuanya bagus-bagus.


Dengan cara ini, Tarekat Ghazaliyah yang asal itu tetap terpelihara sebagaimana yang aslinya sejak pada zaman pengasasnya Hujatul Islam Imam al-Ghazali sehinggalah ke hari ini tanpa sebarang penambahan atau pengubahsuaian.


MEMELIHARA SANAD ZAHIR


Guru2 Tarekat Ghazaliyah juga mestilah mempunyai sanad zahir (bertemu muka semasa zaman hidup kedua-dua pihak antara guru dan murid) yang tidak terputus. Sanad2 ghaib atau yang mencarik adat hanya dikira sebagai bonus atau sesuatu yang bernilai tambah sahaja, bukan hujah utama bagi tarekat ini.


Dengan cara begini, sangat sukar untuk seseorang itu mendakwa membawa Tarekat Ghazaliyah lalu berbuat mengikut sekehendaknya. Umumnya sesiapa sahaja boleh mendakwa bertemu Rasulullah saw, malaikat Jibril, Nabi Khidhir, Imam al-Ghazali, Syeikh Muhammad bin Abdullah atau sebagainya sama ada secara jaga, atau melalui mimpi, atau melalui pengalaman2 luar biasa yang lain lalu mengaku layak mengajarkan tarekat ini. Imam al-Ghazali dengan kebijaksanaannya sudah siap-siap mencantas masalah2 sebegitu.


BEKALAN DARIPADA PENGASAS


Sebagai pengasas Tarekat Ghazaliyah ini, Imam al-Ghazali juga sudah mengarang lalu menyediakan segala ISI KANDUNGAN AJARANNYA di dalam kitab2nya. Kitab2 itu masih kekal sehingga ke hari ini. Oleh itu, jika ada sebarang permasalahan tentang isi kandungan pelajaran dan pengamalan dalam tarekat ini, selain daripada memohon petunjuk kepada Allah, kita boleh merujuk kembali kepada tulisan2 PENGASASNYA. Seolah2 beliau masih terus hidup bersama2 kita sehingga ke hari ini dan sentiasa mengajar serta memantau kita. Jika seseorang itu mengaku membawa sesuatu ajaran agama yang dinisbahkan kepada Imam al-Ghazali, dengan cepat generasi terkemudian boleh menyemaknya. Maka sangat sukar untuk dilakukan penambahan atau pengubahsuaian oleh generasi yang datang kemudian sehinggalah ke hari ini.


PENUTUP


Begitulah antara usaha dan ikhtiar Sang Mujaddid. Kaedah2nya mungkin ada persamaan dan ada perbezaan dengan kaedah2 tokoh2 lain. Segala usaha yang baik tidak kira oleh sesiapa tetap kita sokong. Semoga semua aliran2 jalan keRUHanian terus berkembang dan memberi manfat kepada umat. Harapan saya agar jawapan yang seadanya ini dapat memenuhi kehendak pertanyaan tuan itu. Wallahua'lam.


16/9/22


No comments: