Thursday, September 8, 2022

Allah Beri Cuti untuk Belajar dan Berdakwah

Allah sedia tahu bahawa pada hari2 bekerja dan hari anak2 bersekolah, sangat susah untuk kita mengorbankan masa bagi menambah pengetahuan2 agama atau berdakwah. Lalu dihadiahkan-Nya waktu2 cuti sekolah agar kita punya ruang masa untuk itu. Maka umumnya tidak ada alasan (sibuk, tidak ada masa, tidak sempat dsb) lagi di hadapan-Nya nanti apabila ditanyakan sebab pengetahuan agama kita setakat sekian2 sahaja, dan sebab dakwah kita setakat sekian2 sahaja, sedangkan sepatutnya kita boleh pergi lebih jauh. Oleh itu jika tidak dapat banyak, kita buat sedikit, asalkan ada.Sekiranya dapat buat banyak, begitulah yang sepatutnya.


Dalam perancangan cuti sekolah kita biasanya ada hari2 :

1. untuk berehat2 sahaja

2. untuk melancong

3. untuk berziarah

4. untuk balik kampung

5. untuk berkebun

6. untuk bersukan

7. untuk menerima tetamu

8. untuk majlis2 kenduri/jamuan

9. untuk makan2

10. untuk minum2 dengan kenalan

11. untuk menonton

12. untuk melayan hobi

13. untuk menambah amal ibadah

dan sebagainya.


Maka sangat bagus jika kita dapat juga membiasakan diri merancang hari2 :

1. untuk memasukkan pengetahuan2 agama ke dalam diri (belajar)

2. untuk mengeluarkan pengetahuan2 agama ke luar diri (berdakwah)


Semoga cuti2 kita lebih berkualiti dan membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya.


8/9/22

No comments: