Thursday, September 8, 2022

Mimpi Jumpa Imam Ghazali Lalu Karang Kitab Seperti Bidayatul Hidayah. Tarekat Ghazaliyahkah Itu?

 

Saya mendapat khabar daripada seorang sahabat bahawa ada seorang hamba Allah yang bermimpi bertemu dengan Imam al-Ghazali. Selepas itu si hamba Allah pun membuat satu penulisan (karangan). Kemudian ternyata karangannya itu dikatakan mempunyai isi kandungan yang hampir2 sama dengan kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam al-Ghazali. Suatu hari cerita ini saya sampaikan kepada anak murid saya. Berikut lebih kurang perbualan antara kami :


Murid : Betulkah mimpi orang itu?


Saya : Boleh jadi betul dia bermimpi. Boleh jadi juga tidak. Saya pun sekadar mendapat cerita daripada orang lain, bukannya terus daripada orang yang bermimpi itu.


Murid : Pandangan ustaz?


Saya : Mungkin betul dia ada bermimpi begitu.


Murid : Betulkah yang di dalam mimpinya itu Imam al-Ghazali?


Saya : Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Pandangan saya, tidak mustahil Imam al-Ghazali tu.


Murid : Adakah orang itu mendapat Tarekat Ghazaliyah?


Saya : Setakat isi mimpi yang diberitahu kepada saya, tidak nampak pada mana-mana bahagian yang Imam al-Ghazali menyampaikan Tarekat Ghazaliyah kepadanya. Paling kuat pun, dia mendapat pengetahuan2 yang sebanding dengan pengetahuan2 dalam kitab Bidayatul Hidayah sahaja, iaitu ilmu2 asas dalam tasawuf. Wallahualam.


Murid : Tapi kan dia dapat mengarang hampir sama macam kitab Bidayatul Hidayah?


Saya :

1. Hampir2 sama bermaksud tidak betul2 sama. Tapi untuk diringkaskan bicara ini, kita angap sahajalah ia sama. Tetapi...

2. Tarekat Ghazaliyah bukan sekadar kitab Bidayatul Hidayah sahaja. Kitab itu hanya salah satu sudut kecil dalam ajaran Imam al-Ghazali. Tarekat Ghazaliyah juga umumnya tidak menggunakan kitab Bidayatul Hidayah.

3. Dalam tasawuf, kitab Bidayatul Hidayah merupakan kitab asas, kitab Minhajul Abidin (juga karya Imam al-Ghazali) merupakan kitab pertengahan, manakala kitab Ihya' 'Ulumuddin merupakan kitab tinggi.

4. Tarekat Ghazaliyah menggunakan kitab Ihya'. Kitab Bidayatul Hidayah dan Minhajul Abidin hanya digunakan sekiranya pengamal menghadapi kesukaran untuk mendapat atau berdekat dengan guru dan pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin.

5. Maka isi kitab karangan hamba Allah itu sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan isi kandungan Tarekat Ghazaliyah yang sangat luas.


Kesimpulannya, setakat maklumat2 yang dimaklumkan kepada saya, yang diperoleh oleh orang itu bukanlah Tarekat Ghazaliyah tetapi ilmu2 kitab Bidayatul Hidayah. Ada perbezaan di situ.


8/9/22

No comments: