Tuesday, September 20, 2022

Inilah 10 Pesanan Pendek Imam Al-Ghazali dalam Al-Munqiz min adh-Dhalal

 

1. Alangkah banyak perbezaan setelah tahu sempadan antara rasa biasa (sebelum bertasauf) dan kenyang (setelah bertasauf).


2. Cara hidup mereka (para sufi) adalah sebaik-baik kehidupan, tariqat yang diikuti merupakan jalan yang paling tepat, dan akhlak mereka adalah sebersih-bersih akhlak.


3. Aku mesti melatih diriku dengan tariqat-tariqat mereka (ahli sufi) untuk mencapai hakikat kenabian dan keistimewaannya.


4. (Sedarlah bahawa) umur hanya tinggal sedikit sahaja lagi sedangkan di depanmu terbentang satu "pelayaran" yang panjang.


5. Sekiranya engkau tidak bersedia dari sekarang untuk hal-hal akhirat, bila lagi engkau hendak bersedia?


6. Bagaimana engkau sanggup menukar hal-hal yang kekal (di akhirat sana) dengan hal-hal yang hanya ada beberapa hari tertentu sahaja (di dunia ini)?


7. Sesungguhnya (pada hakikatnya) bukan aku yang menggerakkan tetapi Dia yang menggerakkan aku.


8. Bagiku ilmu kalam masih belum cukup dan ia tidak dapat mengatasi penderitaan (ruh)ku selama ini (apatah lagi penderitaan ruh kita selama ini yang kebanyakan orang tidak menyedarinya pun).


9. Sesiapa yang tidak pernah menikmati zauq, tidak akan dapat memahami hakikat kenabian kecuali pada nama sahaja


10. Sebenarnya kekeramatan wali adalah "pancaran" daripada para nabi.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

September 2022

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: