Saturday, March 30, 2019

Pengisian2 Khusus Tariqah Ghazaliyyah

Soalan : Apakah pengisian2 khusus yang pernah dibuat?
Jawapan : Antaranya (sekadar yang sempat diingat ketika ini) :
·         1. Kaedah Pengamalan dan Penghayatan Zikir Harian Imam Al-Ghazali/Tariqah Ghazaliyyah (pada Ijtima’ Tariqah Ghazaliyyah kali pertama di Sg. Nyior, Trong)
·         2. Perihal ‘Arasy Allah (di Kampung Temin, Jerantut)
·        3.  Asal-usul Zikir “Allah’ dan Pengamalannya dalam Tariqah Ghazaliyah (di Ulu Ceka, Jerantut)
·        4.  Sebenar-benar yang Dikatakan Wirid Harian Imam Al-Ghazali & Tariqah Al-Ghazaliyyah (di Sg. Nyior, Trong)
·         5. 4 Maqam Besar Selepas Maqam Ma’rifatullah (yakni selepas ilmu mengenal diri, mengenal Allah, awwaluddin ma’rifatullah, hakikat, ma’rifat dan yang sepopular dengannya – di Sg Nyior, Trong)
·         6. Rahsia Terdalam di Sebalik Nama Kitab “Ihya’ ‘Ulumuddin” (di Sg. Nyior, Trong)

Soalan : Bilakah lagi akan dibuat pengisian2 di atas?
Jawapan : Setakat ini belum pernah ada pengisian yang dapat diulang kembali, kecuali pengisian no. 1 sahaja (atas keperluan khas ketika itu), iaitu di Kuala Lumpur, kepada wakil Tariqah Ghazaliyyah wilayah Filipina. Jadi, mungkin dalam tahun-tahun akan datang barulah kita berpeluang untuk mengulang falak pengisian2 di atas, insya-Allah.

Soalan : Apakah pengisian khusus pada ITG 3 (2019) ini?
Insya-Allah ada dua pengisian :
1. Risalah Ath-Thayr Imamul Ghazali – seputar perjalanan keruhanian dari tempat diri kita berada kini menuju ke Hadrat Ilahi.
2. Maqsidul Aqsa Imamul Ghazali – seputar matlamat terjauh atau matlamat tertinggi.

Soalan : Di mana lagi boleh didapati kandungan pengisian2 khusus di atas?
Jawapan : Sebahagiannya terdapat dalam syarahan2 kitab Ihya’ ‘Ulumuddin tetapi kedudukannya terpisah-pisah dan berselerak.  Pihak kami pun tidak ingat dalam kuliah kali ke berapa, kerana sehingga kini syarahan utama kitab Ihya’ ini sudah pun 260 kali dan syarahan2 sampingannya pun lebih kurang 100 kali. Sukar untuk dikesan semula.

Soalan : Apakah pengisian2 khusus akan datang?
Jawapan : Belum dirancang lagi.

No comments: