Monday, March 11, 2019

Darjat Orang2 Zuhud : Engkau Sendiri di Mana?


i) Tingkat pertama : Orang itu zuhud TETAPI ADA JUGA RASA RINDU PADA KEDUNIAAN (masih teringat-ingat dan tersuka-suka juga lagi). Namun begitu dia berusaha memelihara hatinya dan tindakannya agar dia terus kekal dalam zuhud. Ini orang yang berusaha membuat dirinya zuhud (al-mutazahhid).

ii)            Tingkat kedua : Orang itu zuhud pada dunia dengan mudah. Dia tidak rindu pun akan keduniaan. DIA SEDAR YANG DIA MENINGGALKAN KEDUNIAAN tetapi dia mengharapkan keakhiratan yang lebih baik. Dunia ada nikmat tetapi akhirat lebih nikmat.

iii) Tingkat tertinggi : Orang yang zuhud dengan mudah kerana dia TIDAK BERASA MENINGGALKAN APA-APA PUN. Apalah bandingannya antara dunia dengan akhirat……? Dunia yang sementara berbanding dengan akhirat yang selama-lamanya, seakan-akan tidak ada bandingan.

*Orang-orang yang tidak zuhud, tidaklah termasuk dalam darjat-darjat ini.

-          Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Faqir & Zuhud
-          Kuliah 7 Ogos 2017

No comments: