Saturday, March 9, 2019

Dari Aqal ke Qalb

Guru-guru ilmu dan amal kalam
BIASANYA banyak keras, kasar, tegas
dalam penyampaiannya
kerana memang sebegitu kehendak dan keadaannya
DUNIA ilmu kalam itu
zaman-berzaman.

Guru-guru ilmu dan amal tasawuf sufi
BIASANYA banyak tenang. lembut. berhemah
dalam penyampaiannya
kerana memang sebegitu kehendak dan keadaannya
DUNIA ilmu tasawuf sufi itu
zaman-berzaman.

Guru-guru ilmu dan amal kalam
banyak berusaha mengesani AKAL murid-muridnya
kerana memang itulah wilayah ilmu kalam.

Guru-guru ilmu dan amal tasawuf sufi
banyak berusaha mengesani QALBU murid-muridnya.
kerana memang itulah wilayah ilmu tasawuf sufi.

Ahli-ahli ilmu kalam
banyak berhenti, melancong dan menikmati
awal ad-diin dan ma'rifah
mengenal diri dan mengenal Allah.

Ahli-ahli tasawuf sufi
banyak berhenti, melancong dan menikmati
yang selepas daripada itu
sehinggalah ke hujungnya
yang tiada hujung itu.

Majlis-majlis ilmu dan amal kalam
biasanya banyak ada, mudah diperolehi, dan ramai peminatnya
sejak zaman dahulu kala.

Majlis-majlis ilmu dan amal tasawuf sufi
biasanya kurang ada, sukar diperolehi, sedikit peminatnya
sejak zaman dahulu kala.

Ramai orang berhenti atau terhenti
pada ilmu dan amal kalam
kerana ia menyeronokkan dan melazatkan akal.
Sangat bagus!
Dan... sambung-sambunglah
ke ilmu dan amal tasawuf sufi.




Abu Zulfiqar Al-Amsyari
9 Mac 2019


1. Fahami Al-Munqiz min adh-Dhalal
2. Pelajari Qawaid al-'Aqaid
3. Lalui Al-Mahabbah wa asy-Syauq wa al-Uns wa ar-Ridha wa akhwatiha.

No comments: