Friday, March 29, 2019

Mana Ucaptama Ijtima TG Kali Pertama?


Persoalan : Ucaptama ITG 2 (2018) ada. Mana Ucaptama ITG 1 (2017)?
Jawapannya : Sebenarnya pada ITG 1 (2017) belum ada ucaptama, tetapi ada majlis perkongsian sahaja. Pada ITG 2 (2018) pula ada ucaptama, tetapi tiada perkongsian. Dan insya-Allah dalam ITG 3 (2019) ini, ada kedua-duanya, perkongsian dan ucaptama.

Persoalan : Apakah yang dikongsikan dalam ITG 1 (2017)?
Jawapannya : SEDIKIT kaedah pengamalan Zikir Harian Tariqah Ghazaliyyah, atau yang lebih dikenali sebagai Zikir Harian Imam Al-Ghazali, atau yang dikenali juga sebagai Zikir Harian sahaja, iaitu zikir 1000 sehari itu. Zikir Harian Tariqah Ghazaliyyah ini sudah amalkan oleh umat Islam turun-temurun secara meluas, walaupun pengamalnya bukan pengamal Tarekat Ghazaliyah, dan ramai yang tidak tahu pun yang amalan itu adalah amalan Zikir Harian Tariqah Ghazaliyyah. Jadi, dikongsikan serba-sedikit kaedah pengamalannya. Ketika berzikir itu, hendak “diletakkan” di mana? Apa yang hendak “dipandang”? Apa “rasa” yang mahu dicapai?

Persoalan : Apakah perkongsian dalam ITG 3 (2019) ini?
Jawapannya : Insya Allah, SEDIKIT tentang :
1.      Risalah Ath-Thayr Imamul Ghazali – seputar perjalanan keruhanian dari tempat diri kita berada kini menuju ke Hadrat Ilahi.
2.      Maqsidul Aqsa Imamul Ghazali – seputar matlamat terjauh atau matlamat tertinggi.

No comments: