Saturday, March 2, 2019

Faqir Pun Berpahala Jika Kena Cara


Orang faqir itu ada adab sopan dari segi batin dan zahirnya, perbaurannya dan perbuatannya, yang mesti dia jaga.

Antara adab batinnya iaitu tidak ada padanya kebencian terhadap kefaqiran yang diuji oleh Allah Taala kepadanya itu. Dia tidak benci kepada perbuatan (& pekerjaan) Allah Taala dari segi hal itu adalah perbuatan-Nya, sekalipun dia memang tidak suka akan kefaqiran. (Maksudnya mereka memandang hakikat kerana mereka nampak bahawa yang mendatangkan kefaqiran itu tidak lain ialah Allah SWT jua).

Contohnya orang yang dibekam yang tidak suka akan pembekaman kerana sakit. Tetapi dia tidak pula membenci perbuatan si pembekam atau si pembekam itu sendiri. Bahkan kadang-kadang memperoleh nikmat daripadanya.

Inilah darjat yang paling rendah dan hal itu adalah wajib.

-          Imam Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Faqir dan Zuhud
-          Kuliah Mac 2017

No comments: